Harian Metro

Lima belasah peniaga hingga mati

-

Berang akibat barang sembahyang yang dibeli bernilai RM350 tidak diterima, lima sekeluarga bertindak ganas memukul seorang peniaga hingga mati dalam kejadian di PPR Sungai Bonus, Setapak, dekat sini, pagi Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mayat lelaki yang berusia 31 tahun itu ditemui orang ramai dengan kesan kecederaan pada muka dan badan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menahan lapan individu membabitka­n enam lelaki dan dua wanita berusia antara 17 hingga 56 tahun.

Beliau berkata, tangkapan dibuat sejak Khamis lalu sehingga jam 12 tengah malam kelmarin di sekitar PPR Desa Rejang, Taman Setapak Jaya, Pudu, Lembah Subang dan Setapak.

“Hasil siasatan mendapati lima daripada individu yang ditahan adalah lima sekeluarga terdiri daripada ibu, ayah, dua anak lelaki dan seorang menantu wanita warga Filipina.

“Tiga yang lain kenalan masing-masing,” katanya dalam sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati motif kejadian berpunca selepas seorang suspek wanita berusia 56 tahun menempah peralatan sembahyang bernilai

RM350 namun barang ditempah tidak sampai.

“Wanita itu berang sebelum memaklumka­n perkara itu kepada anak lelakinya. Anak lelakinya mengatur pertemuan dengan mangsa sebelum dia dibelasah.

“Siasatan masih dijalankan dan pihak kami juga memperoleh rakaman kejadian berlaku. Selain itu kami juga dalam usaha mengesan seorang lagi individu bagi membantu siasatan

“Semua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? ROY Suhaimi
ROY Suhaimi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia