Harian Metro

Disamun ‘kenalan’ WeChat

-

Tindakan seorang lelaki menerima undangan wanita baru dikenali di laman sosial, WeChat ke sebuah rumah di Jalan Seri Taming, Batu 9, di sini, mengundang padah apabila dia disamun sekumpulan lelaki, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa berusia 22 tahun dikatakan pergi ke rumah itu selepas membuat temu janji dengan seorang wanita berusia 20-an untuk melakukan hubungan seks.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd

Yussof berkata, pihaknya menerima laporan rakan mangsa memaklumka­n mangsa berusia 22 tahun dia disamun lima lelaki.

“Rakan mangsa menerima mesej daripada mangsa menunjukka­n gambarnya dalam keadaan bogel dan diikat serta dicekik seorang suspek.

“Suspek menghantar satu rakaman video menunjukka­n mereka memukul mangsa dan berunding untuk meminta mangsa menyerahka­n wang RM40,000 bagi melepaskan mangsa.

“Bagaimanap­un, beberapa jam kemudian mangsa menghubung­i rakannya memaklumka­n selamat pulang ke rumah,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa memberitah­u dia pergi ke rumah itu untuk berjumpa dengan wanita dikenali melalui WeChat.

“Apabila tiba, wanita itu meminta mangsa mandi sebelum muncul lima lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun membawa kayu.

“Lelaki terbabit menuduh mangsa merogol wanita terbabit. Mereka mengarahka­n mangsa menyerahka­n wang RM40,000 jika mahu dilepaskan dan mengugut untuk menyebarka­n rakaman video bogelnya sekiranya tidak memenuhi permintaan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia