Harian Metro

Kemelut Ezlynn, suami belum berakhir

-

Kuala Lumpur: Kemelut rumah tangga penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy Shamsuddin masih belum menemui jalan penyelesai­an apabila Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, membubarka­n Jawatankua­sa Pendamai (JKP) pasangan itu berhubung kes perceraian mereka.

Hakim Syarie Moha-med Hizwan Mohamed membuat keputusan itu selepas mahkamah membenarka­n permohonan Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, selaku plaintif memohon kes cerai itu didengar ke peringkat timbang tara (hakam).

Mohamad Hizwan dalam penghakima­nnya berkata, permohonan peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili defendan, Adam Fahmy, 38, untuk membuat semula JKP atas alasan ketika itu anak guamnya belum di- wakili peguam bukan isu.

“Namun, permohonan dibuat pihak defendan tidak wajar berikutan ruang (JKP) yang diberikan sudah mencukupi malah mahkamah puas hati dengan perjalanan proses itu.

“JKP dibubarkan dan proses hakam diteruskan dengan kedua-dua pihak akan diwakili seorang ahli keluarga masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Nazib memohon mahkamah mengadakan perbincang­an menerusi JKP buat kali kedua.

Bagaimanap­un, peguam syarie Izyan Hazwani Ahmad yang mewakili Ezlynn menyifatka­n proses JKP adalah pengulanga­n perkara sama manakala hakam boleh menjadi ruang terakhir kedua-dua pihak berbincang.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 September depan untuk Ezlynn dan Adam bagi melantik wakil lelaki dalam peringkat hakam nanti.

Hakam adalah proses yang diperuntuk­kan di bawah Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutua­n) 1984 yang mana mahkamah mempunyai kuasa melantik saudara-mara terdekat iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumahtangg­a pihak terbabit untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri itu.

 ??  ?? EZLYNN hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam.
EZLYNN hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? ADAM Fahmy
ADAM Fahmy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia