Harian Metro

Buat kenyataan dalam masa terdekat

-

Petaling Jaya: Penyanyi Hafiz Hamidun akan membuat kenyataan mengenai perkahwina­nnya dengan Joy Revfa yang didakwa tidak sah dalam masa terdekat.

Hafiz berkata, tidak ada apa-apa yang perlu diulas dan buat masa ini dia sedang mengumpul beberapa fakta berkaitan perkahwina­n itu yang akan dijelaskan kepada umum.

“Saya tiada apa-apa yang hendak dibangkitk­an. Apa saja yang anda semua sudah baca dan dengar ketika ini, saya tidak mahu komen apa-apa.

“Apa saja spekulasi yang wujud ketika ini, saya hanya bercakap berdasarka­n fakta dan bukannya emosi,” katanya di Instagram.

Kenyataan itu dibuat selepas isterinya, Joy membuat permohonan faraq di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari di sini, Jumaat lalu selepas meragui perkahwina­n yang di- bina bersama Hafiz pada 1 Mei lalu.

Menurut Hafiz, dia turut hadir ke mahkamah pada jam 8.30 pagi semalam untuk membuat pemfailan permohonan berkenaan, namun gagal selepas isterinya terlebih dahulu melakukan perkara itu.

Hafiz turut mengakui dia terkejut apabila Joy sudah membuat permohonan itu termasuk mengadakan sidang media, pagi semalam.

“Sepatutnya hari ini (semalam) sudah selesai semuanya, tapi campur tangan banyak pihak membuatkan ia jadi rumit.

“Jadi, saya hanya menunggu tarikh sebutan pada 14 September depan. Selebihnya saya tak mahu komen kerana saya menghormat­i mahkamah.

“Apa pun kenyataan yang dikeluarka­nnya sama ada ia berkaitan emosi atau tidak, dia perlu bertanggun­gjawab,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia