Harian Metro

Cinta berdarah

- Rosliza Mohamed am@hmetro.com

 Lelaki ditikam rapat dengan kekasih suspek

Cinta tiga segi menjadi punca seorang lelaki maut ditikam sebanyak dua kali di premis makanan segera di Gual Tinggi, Rantau Panjang, Khamis lalu.

Difahamkan mangsa mengenali seorang wanita berusia 21 tahun hampir setahun lalu.

Kemungkina­n suspek cemburu selepas melihat mangsa sering berjumpa dan makan bersama wanita terbabit sebelum bertindak menikam mangsa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n sikap cemburu suspek punca kejadian tikaman berkenaan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Menurutnya, susulan itu, pihaknya memburu suspek Saw Kim San, 31, berasal dari Jalan Besar, Tumpat, bagi membantu siasatan.

“Kita percaya suspek masih berada di negeri ini dan tangkapan akan dilakukan pada bila-bila masa.

“Orang ramai atau penduduk sekitar yang mengenali suspek supaya menghubung­i Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di talian 09-7932222 dan minta suspek menyerah diri,” katanya.

Katanya, mangsa, Lee Boon Guan, 33, mati akibat kecederaan parah pada bahu kiri dengan kesan tikaman menggunaka­n senjata tajam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesek- saan,” katanya.

Harian Metro pada 18 Ogos lalu melaporkan seorang lelaki berusia 33 tahun maut ditikam di premis makanan segera di Gual Tinggi, pada jam 5.45 petang, 17 Ogos lalu.

Sebelum kejadian mangsa menikmati makanan segera bersama seorang wanita berusia 30-an di tingkat satu premis berkenaan.

Ketika makan, seorang lelaki berusia 30-an yang membawa beg galas menghampir­i mereka dan sempat berbual sebelum suspek mengeluark­an sebilah pisau dan menikam mangsa.

 ?? FOTO: ?? IBRAHIM menunjukka­n gambar Saw yang disyaki membunuh rakan sekerjanya.
FOTO: IBRAHIM menunjukka­n gambar Saw yang disyaki membunuh rakan sekerjanya.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 18 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro 18 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia