Harian Metro

Pukulan mati intai isteri

-

Kuala Terengganu: Lima sahabat yang mengambil tindakan sendiri dengan memukul seorang lelaki kerana mengintai isteri seorang daripada mereka, sehingga mati menerima padah apabila dihukum penjara selama lima tahun dan denda RM5,000 di Mahkamah Tinggi, semalam.

Wan Mohamad Redzuan Wan Latif, Mohd Zaimizan Ismail, Mohd Al Ambari Ahmad, Amiruldi Ramli dan Mohd Zulkifli Zainal Abidin turut berdepan tambahan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal menjelaska­n denda.

Keputusan dibuat Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas lima tertuduh berkenaan yang berusia antara 25 hingga 33 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut pertuduhan, lima sahabat itu didakwa menyebabka­n kematian Mohamad Zailani Abd Aziz, 22, dengan mengetahui perbuatan itu mungkin menyebabka­n kematianny­a.

Semua tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Bujal, Air Jernih, Kemaman, antara jam 8.30 pagi hingga 11.15 malam pada 30 November 2014.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Media sebelum ini melaporkan seorang pemuda maut dibelasah lima lelaki selepas dipercayai mengintai isteri seorang daripada mereka di Kampung Bujal.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kemaman kerana parah di beberapa anggota badan.

 ??  ?? LIMA sahabat dihukum penjara selama lima tahun dan denda RM5,000 kerana menyebabka­n kematian lelaki.
LIMA sahabat dihukum penjara selama lima tahun dan denda RM5,000 kerana menyebabka­n kematian lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia