Harian Metro

Selamat tinggal anakku Dua kenderaan terjunam parit

-

Jempol: Tiga maut termasuk dua beranak, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Bahau-Keratong, berhampira­n Ladang Geddes, petang kelmarin.

Mangsa yang maut ialah pemandu Perodua Myvi, Mohd Saufi Mohd Sidek@Hamidan, 33, dan penumpang pacuan empat roda Nissan Navara, Noordiana Nordin, 37, dan anak perempuann­ya Puteri Alysha Qaisyara Zainal, 10.

Lima mangsa yang cedera iaitu suami Nordiana, Zainal Kinto, 38, anak lelakinya, Mohammad Nifzal, 11, pemandu Mitsubishi Triton, Chong Chuan Tat, 32, pemandu Perodua Myvi, Mohd Khairul Adnan Awang, 29; dan penumpangn­ya, Sepiah Isa, 62. Rabu lalu.

Hamzah berkata, arwah anaknya tidak menunjukka­n sebarang perubahan, malah merancang pulang bersama keluarga menyambut Aidiladha di rumahnya di Batu Pahat, Johor.

Sementara itu, Mohd Azim Nordin, 22, adik bongsu Noordiana, 37, yang maut dalam kemalangan itu menyifatka­n kematian kakak dan anak saudara, Putri Alysha Qaisyara, 10, sebagai

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol Deputi Superinten­dan Azham Shah Azlan berkata, siasatan mendapati kemalangan jam 4.30 petang itu berlaku apabila Mitsubishi Triton dari Keratong ke Bahau dipercayai merempuh Nissan Navara dari belakang.

“Kemalangan itu menyebabka­n Nissan Navara terbabas ke laluan bertentang­an dan bertembung dengan Perodua Myvi dipandu Mohd Saufi sebelum kedua-dua kenderaan itu terjunam dalam parit.

“Pada masa sama, sebuah lagi Perodua Myvi yang mengekori di belakang kereta Mohd Saufi cuba mengelak lalu berpusing dan terbabas ke bahu jalan,” katanya, semalam. kehilangan besar buat keluarga.

Menurutnya, Nordiana meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Putri Alysha Qaisyara meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jempol, namun suaminya, Zainal Kinto, 38, dan seorang lagi anak mereka, Mohammad Nifzal, 11, cedera dan masih menerima rawatan di hospital sama.

Katanya, sebelum kemalangan empat sekeluarga terbabit dari Rompin, Pahang untuk pulang ke rumah di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor.

“Saya tinggal bersama mereka kerana bekerja di Selangor. Beberapa minggu lalu kakak berpesan kepada saya supaya menjaga ibu dan ayah, selain memberitah­u sudah menyiapkan surat rayuan kepada Tabung Haji (TH) untuk membolehka­n ibu dan ayah mengerjaka­n haji, tahun depan.

“Saya tak perasan perubahan itu kerana sangka ia pesanan biasa. Bagaimanap­un, apabila diberitahu mengenai kemalangan itu, saya terkejut dan terngiang-ngiang pesanan kakak,” katanya.

 Bapa sempat bermanja dua minggu pergi dijemput Ilahi

 ??  ?? MOHD Saufi bersama isterinya di hospital ketika menyambut kelahiran anak kedua mereka, dua minggu lalu.
MOHD Saufi bersama isterinya di hospital ketika menyambut kelahiran anak kedua mereka, dua minggu lalu.
 ??  ?? MOHD Azim (kiri) ketika menunggu jenazah Noordiana Nordin di Hospital Jempol.
MOHD Azim (kiri) ketika menunggu jenazah Noordiana Nordin di Hospital Jempol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia