Harian Metro

15,000 peluang pekerjaan

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Program Temu Duga Terbuka SL1M Zon Selatan berlangsun­g dua hari bermula 26 Ogos

Sikap terlalu memilih pekerjaan untuk hanya berkhidmat dengan syarikat besar dan tidak mahu bekerja di bawah cuaca panas menyebabka­n segelintir graduan gagal mendapatka­n pekerjaan.

Ketua Sekretaria­t Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), Norashikin Ismail berkata, ada juga graduan memberi alasan tidak boleh berjauhan dengan keluarga atau tempat bekerja itu jauh jika ditawarkan pekerjaan di luar negeri asal mereka.

Menurutnya, perkara itu sangat mengecewak­an apabila pihaknya menawarkan lebih 10,000 pekerjaan daripada pelbagai syarikat termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

pada satu-satu masa.

“Sikap ini perlu dikikis kerana jika seseorang graduan gagal mendapatka­n pekerjaan biarpun sudah berpuluh kali ditemu duga, mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka.

“Ada juga sikap graduan yang saya anggap tidak bertanggun­gjawab apabila tidak hadir pada hari melapor diri di syarikat yang sudah menawarkan­nya pekerjaan.

“Perkara ini amat mendukacit­akan kerana peluang yang diberikan syarikat atau organisasi itu tentu saja boleh mengubah kehidupan graduan dan keluargany­a jika mereka lebih bertanggun­gjawab,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Program Temu Duga Terbuka SL1M peringkat Zon Selatan di sini.

Sehingga kini, seramai 126,000 graduan di seluruh negara dibantu menerusi SL1M untuk diberi bimbingan sebelum diambil ke sektor pekerjaan.

Sempena Program Temu Duga Terbuka SL1M peringkat Zon Selatan yang akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC) pada 26 dan 27 Ogos ini sebanyak 15,000 kekosongan jawatan ditawarkan kepada orang ramai bermula dari kelulusan paling rendah sehinggala­h berkelulus­an ijazah doktor falsafah (PhD).

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program berkenaan antaranya penampilan istimewa, sesi motivasi dan berhibur bersama selebriti seperti Faizal Tahir serta kumpulan Zero yang berada di MITC untuk kedua-dua hari.

Sementara itu, Norashikin turut menyeru semua pihak khususnya syarikat swasta untuk terbabit sama dalam membantu graduan tempatan meningkatk­an tahap kebolehpas­aran mereka seraya memperbaik­i taraf ekonomi mereka dan keluarga.

“Selain itu, bermula 1 Ogos lalu, Kementeria­n Kewangan sudah mengeluark­an surat pekeliling bahawa setiap syarikat yang mahu atau membida tender untuk projek kerajaan perlu mengambil pelatih SL1M.

“Itu adalah syarat wajib yang dikenakan kerana selama ini banyak syarikat yang mendapat tender projek kerajaan masih berasa teragak-agak untuk mengambil bahagian dalam SL1M,” katanya.

 ?? FOTO: ?? NORASHIKIN bersama selebriti Faizal Tahir, Kumpulan Zero, Altimet, SonaOne, Joe Flizzow dan Syamel yang akan membuat persembaha­n dan memberi motivasi. Faizal dan Zero akan berada di MITC untuk kedua-dua hari.
FOTO: NORASHIKIN bersama selebriti Faizal Tahir, Kumpulan Zero, Altimet, SonaOne, Joe Flizzow dan Syamel yang akan membuat persembaha­n dan memberi motivasi. Faizal dan Zero akan berada di MITC untuk kedua-dua hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia