Harian Metro

PEMUSNAH BERLUBANG

 10 tentera laut hilang, lima cedera USS John S McCain bertembung kapal tangki minyak berhampira­n Pulau Batu Putih

- Hayati Ibrahim, Izlaily Nurul Ain Hussein dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor am@hmetro.com.my Johor Bahru

Sepuluh anak kapal hilang, manakala lima yang lain cedera selepas kapal pemusnah peluru berpandu milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) USS John S McCain bertembung dengan sebuah kapal tangki minyak, Alnic MC dalam kejadian berhampira­n Pengerang dan Pulau Batu Putih, di sini, pada jam 5.30 pagi semalam.

Kemalangan membabitka­n dua kapal itu disahkan Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen menerusi Facebook dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) serta bantuan lain sedang dijalankan Angkatan Laut Republik Singapura.

“Kapal pemusnah USS

John S McCain berlanggar dengan sebuah kapal komersial pagi tadi (semalam). Usaha SAR membabitka­n pelbagai agensi dan diketuai Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA),” katanya.

Ng dalam catatannya berkata, pihaknya melaksanak­an misi SAR susulan permintaan Tentera Laut AS yang mahu mendapatka­n bantuan Angkatan Laut Republik Singapura, jam 5.32 pagi. “Semua yang cedera dari kapal berkenaan sudah dibawa ke

hospital umum di Singapura untuk rawatan,” katanya.

Reuters melaporkan Tentera Laut AS dalam satu kenyataan berkata, kapal pemusnah peluru berpandu USS John S McCain mengalami kerosakan apabila bertembung dengan Alnic MC ketika dalam perjalanan untuk melawat pelabuhan di Singapura.

Katanya, ia kejadian kedua membabitka­n kapal tempur AS di perairan Asia dalam masa dua bulan.

“Laporan awal menunjukka­n USS John S McCain mengalami kerosakan di bahagian kiri belakang kapal,” katanya.

Menurut laman trafik marin, Alnic MC dalam perjalanan ke Singapura dari Taiwan apabila kemalangan itu berlaku.

Sementara itu, MPA dalam kenyataann­ya berkata, kapal pemusnah USS John S McCain dan Alnic MC yang berdaftar di Liberia berlanggar di Selat

Singapura.

MPA berkata, tiada laporan mengenai pencemaran minyak dengan laluan trafik kapal di kawasan itu tidak terjejas berikutan pelanggara­n terbabit.

Menurut MPA, USS John S McCain mengalami kerosakan di bahagian belakang dan meminta bantuan untuk ditunda, manakala Alnic MC mengalami kerosakan di tangki bahagian depan, namun tiada kru cedera.

USS John McCain yang sepanjang 154 meter dan seberat 9,000 tan lebih kecil berbanding Alnic MC yang panjangnya 183 meter dan seberat 30,040 tan.

Jun lalu, kapal pemusnah AS daripada jenis sama, USS Fitzgerald berlanggar dengan kapal kontena Filipina, ACX Crystal di pesisir selatan Jepun.

Pertembung­an antara USS Fitzgerald dengan ACX Crystal berlaku kira-kira 56 batu nautika di barat daya Yokosuka, Jepun, jam 2.30 pagi waktu tempatan.

 ??  ??
 ??  ?? USS Fitzgerald yang rosak selepas berlanggar dengan kapal kontena Filipina di pesisir selatan Jepun Jun lalu.
USS Fitzgerald yang rosak selepas berlanggar dengan kapal kontena Filipina di pesisir selatan Jepun Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia