Harian Metro

Seronok naik MRT

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 120 pelajar istimewa rasai pengalaman santai naiki tren

Rapid Rail.

Seorang pelajar yang menghidap Cerebral Palsy (CB), Mohd Anas Khasran, 18, berkata, pengalaman pertama menaiki pengangkut­an awam itu sangat menyeronok­kan.

“Saya tidak pernah menaiki MRT, tetapi menerusi program santai ini saya dapat merasai pengangkut­an awam yang terbaru.

“Malah, saya sangat selesa kerana kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) seperti saya disediakan dengan baik,” katanya selepas perasmian program itu di stesen MRT Merdeka, semalam.

Program berkenaan turut membawa pelajar terbabit melawat Muzium Negara selepas perasmian Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Zohari Sulaiman sambil disaksikan oleh Pengetua sekolah Norehan Abd Sani.

Paling menarik, penyanyi Aris Ariwatan turut hadir bagi menghiburk­an pelajar dengan beberapa lagu popularnya seperti Lamunan Terhenti, 1,2,3,4 dan Jangan Menangis Habibah.

Selain itu, seorang lagi pelajar, Bryan Khong, 14, berkata, peluang itu digunakann­ya dengan sebaik mungkin untuk merasai kemudahan OKU yang disediakan.

“Ini pertama kali saya keluar tanpa ada ahli keluarga. Kebiasaann­ya ibu atau ayah menemani saya, tetapi kali ini ia mengajar saya berdikari dan mengenal pasti kemudahan OKU.

“Syukur kerana dengan kemudahan yang disediakan, ia memudahkan akses kami untuk ke mana-mana,” katanya.

Sementara itu, Zohari berkata, sebagai pengendali operasi perkhidmat­an Transit Aliran Ringan (LRT), MRT dan monorel, pihaknya akan sentiasa mengadakan perbincang­an bersama persatuan OKU dalam menambah baik kemudahan golongan terbabit di setiap stesen.

“Keselesaan dan keselamata­n golongan OKU adalah keutamaan kami selaras dengan misi sebagai penyedia perkhidmat­an pengangkut­an awam berkelas dunia.

“Semua tren dan stesen LRT, MRT dan monorel adalah mesra OKU dan inisiatif untuk meningkatk­an kemudahan OKU akan dilaksanak­an dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” katanya.

 ??  ?? ZOHARI (tengah) bersama pelajar OKU SMK Kajang Utama menaiki MRT membuat lawatan ke Muzium Negara.
ZOHARI (tengah) bersama pelajar OKU SMK Kajang Utama menaiki MRT membuat lawatan ke Muzium Negara.
 ??  ?? MD Amin menghias rumahnya dengan Jalur Gemilang.
MD Amin menghias rumahnya dengan Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia