Harian Metro

SMK Tinggi Klang meriah

- Nur Izzati Izzah Nadzi hmetroshah­alam@hmetro.com.my

Konvoi Kembara Kibar Jalur Gemilang yang disertai 20 motosikal berkuasa tinggi dan tiga pacuan empat roda memulakan jelajah mereka di pekarangan Dewan Putera Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi, Klang, di sini, semalam.

Pesertanya menyerahka­n 10 Jalur Gemilang dan bendera Selangor serta satu huruf daripada perkataan terbilang sebagai gimik pelancaran kepada sekolah yang mempunyai asrama harian.

Penyelaras program, Rosli Kabil berkata, kembara empat hari menjelajah ke-10 daerah yang mempunyai asrama harian di negeri ini dan berakhir di SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi, 24 Ogos ini.

“Program kembara ini memasuki tahun ketiga dan asrama harian itu dipilih bagi menyemarak­kan sambutan ambang kemerdekaa­n ke-60.

“Kita tidak mahu asrama harian sepi dan suram dan menerusi penyerahan bendera, mereka memasang dan mengibarka­nnya sepanjang sambutan bulan kemerdekaa­n. Kita menyerahka­n satu huruf ‘t’ bagi simbolik terbilang dan huruf itu dicantumka­n pada hari penutupan kembara,” katanya.

Pada majlis itu, bendera diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang, SMK Meru dan SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Konvoi kembara hari pertama itu diketuai Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan negeri Abdul Aziz Abdul Jalil yang bergerak ke SMK Agama Kuala Selangor dan SMK Dato’ Mustaffa, Sabak Bernam.

Kata Rosli, konvoi kembara kali ini disertai penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Selangor Teacher Bike Club (STBC).

“Kita mengumpulk­an ahli kelab itu dalam kalangan pengetua, guru, pegawai Jabatan Pendidikan negeri dan PPD,” katanya.

 Konvoi Kembara Kibar Jalur Gemilang serah 10 bendera Malaysia kepada warga sekolah

 ??  ??
 ??  ?? AHLI STBC bersama guru dan pelajar asrama pada program Konvoi Kembara Kibar Jalur Gemilang di SMK Tinggi, Klang, semalam.
AHLI STBC bersama guru dan pelajar asrama pada program Konvoi Kembara Kibar Jalur Gemilang di SMK Tinggi, Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia