Harian Metro

Tampung belanja ibu

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 Anak korban duit simpanan sejak 10 tahun tunai haji bersama

Seorang anak sanggup berkorban apabila mengeluark­an duit simpanan yang dikumpul sejak 10 tahun lalu demi merealisas­ikan impian ibunya untuk melaksanak­an ibadah haji pada tahun ini.

Hasil titik peluh pendapatan yang diraih Sulong Mohamad, 52, ternyata tidak sia-sia apabila duit tabungan yang dikumpul sejak 10 tahun mencukupi untuk dia dan ibunya, Samdam Lana, 72, menjejakka­n kaki ke Tanah Suci.

“Walaupun pendapatan saya tidak banyak dan hanya bekerja sebagai guru tadika, namun saya tetap menyimpan sedikit duit tabungan yang ada demi membawa ibu ke Makkah suatu hari nanti.

“Alhamdulil­lah, niat dan doa yang saya panjatkan setiap hari akhirnya dimakbulka­n Allah selepas 10 tahun menunggu giliran haji,” katanya yang merupakan anak tunggal.

Menurutnya Sulong, walaupun ibunya sudah lanjut usia, tetapi kudratnya masih kuat untuk menunaikan haji, malah dia juga tidak mempunyai sebarang jenis penyakit.

“Jika dilihat dari segi luaran mungkin ramai yang beranggapa­n ibu tidak kuat untuk berjalan tetapi sebaliknya tidak.

“Sebaik saja menerima panggilan haji, ibu saya kerap melakukan aktiviti berkebun supaya kekal cergas dan sihat selain melakukan persiapan dari segi ilmu agama,” katanya.

Sulong yang berasal dari Kuching, Sarawak berkata, dia bersyukur dan gembira kerana dapat membawa ibu mengerjaka­n haji menggunaka­n wang hasil titik peluhnya sendiri.

“Sebagai anak tunggal, siapa lagi yang ibu hendak harapkan.

“Jadi, inilah masanya untuk saya berbakti kepada ibu dengan membawanya mengerjaka­n haji sebagai cara untuk membalas jasanya,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Rahim dan Hasrimah (tengah) bersama keluarga sebelum berlepas ke Makkah.
MOHAMAD Rahim dan Hasrimah (tengah) bersama keluarga sebelum berlepas ke Makkah.
 ?? FOTO: NORAZIMAH NARUDIN ?? SULONG (kiri) bersama Samdam sebelum berangkat ke Tanah Suci.
FOTO: NORAZIMAH NARUDIN SULONG (kiri) bersama Samdam sebelum berangkat ke Tanah Suci.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia