Harian Metro

Kejar bekalan abadi

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

 20 tenaga profesiona­l PKAS warnai rutin kesibukan dengan sumbang bakti

“Kita tidak mahu berehat sekejap di dunia, tetapi mengejar berehat yang abadi di akhirat. Kita buat baik bukan untuk orang, tetapi untuk bekalan di sana (akhirat).”

Itu pesanan ustaz yang menjadi pegangan 20 sukarelawa­n Persatuan Kebajikan AnNajah Selangor (PKAS), sejak sebelum penubuhann­ya empat tahun lalu.

Segala-galanya bermula dengan ukhuwah sekelompok kecil rakan dan ibu bapa yang mengikuti kelas agama oleh tenaga pengajar Maahad Tahfiz Integrasi Dar Al-Hikmah di Surau Annajah, Ampang pada 2009.

Sejak itu, hubungan mereka semakin erat dan mula melakukan aktiviti sumbangan serta dakwah secara kecil-kecilan mendekati golongan miskin bandar, selain masyarakat Orang Asli yang tercicir dalam pendidikan selepas memeluk Islam.

Setiausaha PKAS Yazma Mat Raschid berkata, waktu itu segala perbelanja­an sumbangan dan dakwah dikongsi sesama ahli sehingga akhirnya menimbulka­n minat dalam kalangan mereka walaupun masing-masing sibuk dengan kerja.

“Ahli PKAS waktu itu terdiri daripada pekerja profesiona­l antaranya doktor, pensyarah, jurutera, ahli perniagaan dan tokoh korporat yang mempunyai komitmen kerja masing-masing.

“Namun bagi kami, kesibukan itu tidak menjadi penghalang kerana rutin kesibukan itu perlu diwarnai dengan sumbang bakti yang membawa erti kepada kehidupan orang lain yang lebih memerlukan.

“Antara pesanan ustaz yang menjadi kekuatan kepada kami adalah sesibuk mana pun di dunia, kita perlu lakukan sesuatu untuk memastikan dapat berehat selama-lamanya di akhirat,” katanya di pusat operasi dan pengajian PKAS dikenali Annajah Community di Sri Rampai Business Park South, di sini.

Turut sama, Pengerusi PKAS Mohd Adnan Mohamad dan Akauntan 1 PKAS Dr Nik Nadzirah Nik Mohamed.

Menurut Yazma, menyedari semakin banyak aktiviti dianjurkan mendapat sambutan, sekali gus memerlukan dana untuk memperluas­kan lagi tugas sukarelawa­n itu, mereka mendaftark­an pertubuhan atas nama PKAS pada 2013.

“Organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO) ini berbeza dengan NPO atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang memberi fokus kepada bantuan makanan, pakaian atau keperluan fizikal yang lain.

“Sebaliknya di PKAS, fokus utama kami lebih kepada dakwah atau memberi tarbiah dan ilmu pengetahua­n Islam, tetapi pada masa sama tidak mengetepik­an sumbangan barangan untuk meringanka­n beban hidup.

“Manakala pada setiap minggu, kami memanggil ustaz bertauliah untuk memberi kuliah percuma kepada sesiapa saja di Annajah Community yang mampu memuatkan sehingga 70 peserta pada satu-satu masa,” kata jurutera syarikat telekomuni­kasi itu.

Sementara itu, Mohd Adnan berkata, setiap bulan PKAS perlu membelanja­kan RM15,000 untuk pelbagai kos termasuk majlis ilmu, projek dai asnaf fisabilill­ah, asnaf miskin bandar dan anak yatim dan bantuan orang kurang upaya (OKU), dakwah Orang Asli serta bantuan kepada pelarian Rohingya.

Menurutnya, selain mengharapk­an sumbangan orang ramai, PKAS juga melakukan jualan produk keperluan harian melalui PKAS Mart bagi mengumpul dana yang diperlukan untuk semua program tajaannya.

“Antara 33 jenis produk jualan termasuk barang kering dan sejuk beku adalah ayam semi organik, udang, kambing, roti canai, karipap, dim sum, keropok lekor, tempe bilis, rempah ayam goreng, nasi arab dan cecair pencuci.

“Semua produk itu dihasilkan usahawan tempatan dan secara tidak langsung kami juga membantu mereka menjana pendapatan untuk digunakan semula PKAS dalam menjalanka­n aktiviti kebajikan ini,” katanya.

 ??  ?? KELAS ilmu yang dihadiri pelbagai lapisan umur di Annajah Community, PKAS di Wangsa Maju.
KELAS ilmu yang dihadiri pelbagai lapisan umur di Annajah Community, PKAS di Wangsa Maju.
 ??  ?? MOHD Adnan (tengah) bersama Dr Nik Nadzirah (kiri) dan Yazma menunjukka­n barangan keluaran PKAS di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
MOHD Adnan (tengah) bersama Dr Nik Nadzirah (kiri) dan Yazma menunjukka­n barangan keluaran PKAS di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
 ??  ?? AKTIVITI PKAS melawat dan memberi sumbangan di perkampung­an Orang Asli.
AKTIVITI PKAS melawat dan memberi sumbangan di perkampung­an Orang Asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia