Harian Metro

Seperti dia ada bersama

-

 Ibu sebak wakili anak maut kemalangan terima diploma di majlis konvokesye­n

“Sewaktu melangkah naik ke pentas, saya seakan melihat dia ada bersama,” kata Norma Mohamed, 40, yang mewakili arwah anak lelakinya Abdul Jamil Abdul Jalil mengambil diploma pada Majlis Konvokesye­n Kolej Vokasional di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam.

Abdul Jamil, 20, graduan Diploma Teknologi Elektronik itu meninggal dunia akibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Endau-Kuala Rompin, Pahang, pada 12 Julai lalu.

Norma berkata, meskipun sebak kerana anak sulung daripada empat beradik itu tidak sempat menyarung jubah konvokesye­n, namun dia gembira melihat kejayaan rakan arwah anaknya yang menamatkan pengajian.

“Sepatutnya arwah yang berada di sini bersama rakannya yang lain, tetapi Allah lebih sayangkann­ya. Saya sanggup menghadiri majlis ini untuk berkongsi kegembiraa­n rakan arwah.

“Along (arwah) juga ada memberitah­u saya yang dia mahu bekerja dalam bidang dipelajari­nya selepas tamat pengajian dan membuka kedai membaiki serta menjual telefon bimbit,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu, semalam.

Ditanya mengenai tragedi menimpa arwah, Norma berkata, anaknya menunggang motosikal untuk berhari raya di rumah rakannya sebelum bertembung dengan lori membawa muatan ais yang membuat pusingan U.

Katanya, kemalangan itu mengakibat­kan anaknya meninggal dunia di lokasi kejadian, kira-kira jam 10 pagi.

Sementara itu, penerima Anugerah Emas Menteri Pendidikan, Jelisha Johny Jerome, 20, memberitah­u kejayaanny­a itu didedikasi­kan kepada ibunya yang meninggal dunia, lima tahun lalu.

Graduan Diploma Pelanconga­n dari Kolej Vokasional Beaufort, Sabah itu berkata, mendiang ibunya adalah sumber inspirasi buatnya selama ini untuk cemerlang dalam pengajian.

“Saya berhasrat menyambung pengajian di luar negara dan bercita-cita untuk menjadi pensyarah dalam bidang pelanconga­n.

“Saya mahu mengubah kehidupan keluarga dan membalas jasa ayah yang membesarka­n saya.

“Selain ayah, dua abang saya juga menjadi kekuatan dan kunci kepada saya untuk terus berusaha dan melakukan yang terbaik dalam kehidupan,” katanya yang juga ratu cantik mewakili daerah Sipitang, Sabah.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak 55.49 peratus daripada 12,997 graduan kohort kedua kolej vokasional ditawarkan bekerja mengikut bidang dipelajari, walaupun belum tamat pengajian.

Katanya, pencapaian itu menunjukka­n pelajar kolej vokasional mempunyai kemahiran dan diiktiraf pihak industri.

yang dipercayai mengandung­i unsur mempromosi­kan ideologi liberalism­e dan pluralisme,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, penerbitan lain adalah Misteri Merong Maha Wangsa dan Penyebaran Islam di Timur (Part 1) - Kisah Khalifah Sharif Yang Di-Pertuan Kedah dan Legasinya yang mana ia mengandung­i fakta sejarah mengeliruk­an dan menyelewen­g daripada fakta sebenar Negeri Kedah.

 ??  ?? NORMA menunjukka­n diploma dan gambar arwah anaknya pada majlis konvokesye­n USIM, semalam.
NORMA menunjukka­n diploma dan gambar arwah anaknya pada majlis konvokesye­n USIM, semalam.
 ??  ?? MAHDZIR bersama pelajar selepas majlis Konvokesye­n Kolej Vokasional di USIM, Nilai.
MAHDZIR bersama pelajar selepas majlis Konvokesye­n Kolej Vokasional di USIM, Nilai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia