Harian Metro

Mengaku noda kekasih Banduan tak serik buat onar

- Zatul Iffah Zolkiply am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan merogol kekasihnya berusia 15 tahun di Mahkamah Juvana, di sini, semalam.

Pengakuan bersalah dibuat tertuduh di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Nurul Huda Akmal Mohamed.

Mahkamah menetapkan 24 September ini untuk laporan akhlak sebelum menjatuhka­n hukuman terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Bukit Cina, di sini, pada 4 Ogos, 8 Ogos dan 10 Ogos 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Hamidah Mahmood manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hamidah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Seorang banduan yang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan berkaitan dadah berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan merogol gadis bawah umur hingga menyebabka­n mangsa melahirkan seorang anak lelaki.

Tertuduh, Afham Solehuddin Anuar, 25, dari Kuala Berang, Hulu Terengganu mengangguk faham sebelum mohon dibicara ketika pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun di gelanggang tenis di Kuala Berang jam 10 pagi pada 18 Mei 2013.

 Lelaki tak mengaku noda gadis 15 tahun

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkod, mahkamah menetapkan 14 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Mahkamah juga tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh yang kini menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? AFHAM diiringi polis keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
AFHAM diiringi polis keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
 ??  ?? TERTUDUH mengaku salah atas tiga pertuduhan.
TERTUDUH mengaku salah atas tiga pertuduhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia