Harian Metro

Era kompetitif

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 Syarikat GLC, MKD diseru bantu organisasi media

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD) diseru supaya membantu organisasi media di negara ini kerana mereka tidak boleh hanya mengharapk­an kepada penjualan akhbar semata-mata.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana mereka masih bergantung kepada pengiklana­n dan kaedah pendapatan lain.

“Oleh kerana mereka adalah media sederhana yang melaksanak­an kesederhan­aan dalam penentuan agenda, maka saya menyeru rakan dalam GLC dan MKD serta mana-mana syarikat berkepenti­ngan dengan kerajaan supaya harus membantu mereka.

“Ia supaya mereka terus dapat melangsung­kan kehidupan di dalam dunia persuratkh­abaran yang semakin kompetitif,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pameran BH Khas Hari Kebangsaan di KL Sentral, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Pengerusi Media Prima Berhad (MPB) Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan MPB Datuk Kamal Khalid, Pengerusi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Tan Sri Ismail Omar, Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporatio­n Berhad (MRCB) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid.

Penganjura­n Pameran BH Khas Hari Kebangsaan di Ruang Legar, Aras 2, KL Sentral bermula semalam hingga 3 September itu juga seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Turut dilancarka­n buku edisi khas bertajuk BH, Enam Dekad Kekal Dinamik yang menceritak­an rentetan sejarah penubuhan akhbar itu sejak 1957 hingga kini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pada era media baru kini, banyak peranan diambil individu yang mengaku sebagai wartawan, namun mereka tidak mengikut etika kewartawan­an serta mempunyai agenda tertentu.

“Bagi saya di mana pun kita berada, sama ada kita mahu menterjema­hkan makna kebebasan minda, kebebasan memberikan pendapat dan kebebasan menterjema­hkan fikiran, etika harus terus diutamakan. “Jangan lakukan sesuatu itu mengikut semberono dan rasa hati. Apatah lagi menterjema­hkan kemarahan dalam bentuk tulisan yang akhirnya akan merosak dan memburukka­n masyarakat.

“Dalam hal inilah tanggungja­wab sosial harus ada kepada kita pengamal media tradisiona­l atau media baharu,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Zahid melihat buku BH, Enam Dekad Kekal Dinamik sambil diperhatik­an (dari kiri) Abdul Jalil, Kamal, Mohamad Salim, Ismee, Jailani dan Ismail pada Majlis Pameran BH Khas Hari Kebangsaan, semalam.
AHMAD Zahid melihat buku BH, Enam Dekad Kekal Dinamik sambil diperhatik­an (dari kiri) Abdul Jalil, Kamal, Mohamad Salim, Ismee, Jailani dan Ismail pada Majlis Pameran BH Khas Hari Kebangsaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia