Harian Metro

Tragedi selepas hantar jenazah

- Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Seorang pemandu van jenazah dan rakannya parah akibat tersepit selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori di Persiaran Mohagani, Seksyen 10, Kota Damansara, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Naim Ramin, 68, bersama pembantuny­a, Zuraimi Mohamad, 48, cedera di kaki dan kepala akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 10.34 pagi sebelum lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, van terbabit tidak membawa jenazah. Kenderaan itu dalam perjalanan dari Kota Damansara ke Kelana Jaya selepas menghantar jenazah di Tanah Perkuburan Islam di Kota Damansara,” katanya.

CyberSecur­ity Malaysia menerima laporan sebanyak 33 laman sesawang negara ini diserang Distibuted Denial of Service (DDoS) (Pemberhent­ian Perkhidmat­an) dan berlaku penceroboh­an maklumat sulit setakat jam 3.40 petang, semalam.

Berdasarka­n ayat provokasi yang ditinggalk­an penggodam, serangan DDoS dan penceroboh­an maklumat itu dipercayai berpunca daripada isu bendera Indonesia terbalik yang diterbitka­n dalam buku cenderahat­i sempena majlis pembukaan Sukan SEA ke-29, Sabtu lalu.

Antara ayat provokasi yang ditinggalk­an selepas serangan dibuat ialah ‘Bendera Negaraku Bukanlah Mainan’, selain turut memaparkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik. Antara laman sesawang yang diserang ialah laman sesawang Sekolah Seri Puteri, seriputeri.edu.my dan kualalumpu­rmalaysia.com. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecur­ity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan, memantau perkembang­an dan berkerjasa­ma dengan agensi berkaitan untuk mengatasi masalah serangan

 ??  ?? ANGGOTA bomba membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit, semalam.
ANGGOTA bomba membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia