Harian Metro

Latih mahasiswa kita di luar negara jadi juara sukan

-

Salam dan selamat pagi. Nampaknya kita diselubung­i semangat sukan sehari dua ni. Rata-rata, orang ramai bercerita fasal Sukan SEA yang sedang berlangsun­g.

Malam pembukaan yang berlangsun­g pada Sabtu lalu (19 Ogos) berjaya menarik hati peminat sukan dan orang biasa. Pembukaan yang gilang-gemilang itu mendapat pujian pada keseluruha­nnya.

Petang sebelum majlis perasmian itu, saya minum kopi di sebuah warung yang bersebelah­an dengan padang bola sebuah sekolah. Ramai anak muda sedang bermain bola, satu aktiviti yang kerap dilihat di padang itu.

Mujur ada padang sekolah, kata seorang anak muda di gerai itu. Dia buat satu pasukan bola sepak di taman perumahan, tetapi cabaran pertama ialah tempat berlatih.

“Baru-baru ni, padang bola di Bandar Tun Razak dah dikepung dengan pagar zink. Rupa-rupanya padang tu nak dijadikan tapak projek perumahan bertingkat yang besar,” anak muda itu bersungut lagi.

Sungutan demi sungutan memang dah lama kedengaran, terutama fasal kekurangan padang bola. Yang banyak sekarang ialah gelanggang futsal. Kita harap pasukan futsal negara berjaya di Sukan SEA ini.

Mungkin kita kena buat perubahan besar dalam perancanga­n sukan negara. Kita boleh kaitkan dengan peraturan menghantar pelajar ke luar negara.

Setiap tahun ramai pelajar kita memasuki kolej dan universiti di luar negara. Malah, semua institusi pengajian tinggi di luar negara dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan. Jurulatih juga disediakan.

Kalau di Amerika Syarikat, jurulatih sukan memberi perhatian penuh kepada pelajar yang cenderung kepada sukan. Ramai atlet yang menjadi juara bermula daripada latihan di kolej dan universiti.

Mungkin masa dah sampai bagi ribuan pelajar kita di negara asing diberi galakan khas untuk bersukan. Gunakan kemudahan yang ada di sana untuk membuat persediaan menjadi juara dunia.

Ibu bapa sudah tentu mahu melihat anak mereka pulang dengan pencapaian akademik yang baik. Itu sudah semestinya kerana ramai juga ibu bapa menyara sendiri perbelanja­an anak mereka menuntut ilmu di luar negara.

Tetapi, kalau pelajar ini diberi insentif untuk bersukan, mungkin ada antara mereka yang boleh dilatih untuk menjadi juara. Mereka harus menggunaka­n peluang ini untuk berjaya dalam dan luar kampus.

Satu kajian juga patut dibuat dalam kalangan penuntut kita di luar negara. Berapa ramai antara mereka yang aktif bersukan? Kalau tidak ramai, kena cari mengapa mereka tidak bersukan?

Pada akhir tahun 80-an, saya berpeluang memasuki Universiti of Columbia di New York. Ia antara universiti yang terbaik mengajar kewartawan­an.

Saya bernasib baik diberi peluang mengikuti kursus kewartawan­an ekonomi di situ. Saya bergaul dengan ramai penuntut tempatan dan antarabang­sa. Anak Malaysia ada juga yang belajar di situ, tetapi jumlah mereka tidak besar.

Setiap penuntut diwajibkan bersukan. Setidak-tidaknya mereka wajib tahu berenang. Penuntut yang tidak tahu berenang dan tidak menunjukka­n sijil berenang tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam majlis konvokesye­n.

Ini saja sudah cukup untuk memaksa setiap mahasiswa masuk kolam renang dan berlatih. Di sinilah jurulatih mencari bakat. Mereka yang berminat dan menunjukka­n bakat akan diberi layanan istimewa.

Ada seperkara lagi yang menyebabka­n mahasiswa tidak takut bersukan. Atlet di Amerika Syarikat boleh memilih sukan sebagai kerjaya dan mereka boleh menyara hidup dengan baik.

Budaya sukan juga begitu meluas dan masyarakat memberi pengiktira­fan yang baik kepada atlet. Di negara kita, budaya sukan tidak menyeluruh. Itu fasal ada ibu bapa yang tidak menitikber­atkan anak mereka bersukan. Sedih sebenarnya.

Jika kita mahu menempa nama di persada sukan antarabang­sa, kita mesti berkorban dan sanggup melalui lautan api sekalipun. Jika mahasiswa yang menuntut di luar negara boleh dilatih untuk menjadi juara sukan, lambat-laun kita akan ada juara Olimpik, insya-Allah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia