Harian Metro

CINTA SI PENDAKI GUNUNG

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

“Saat bendera Malaysia berjaya dikibarkan di puncak Everest, hati tibatiba berasa begitu sayu dan perasaan bangga serta bersyukur itu bersilih ganti.

“Sebagai pendaki, kejayaan menawan puncak tertinggi dunia itu hadiah paling berharga dapat diberikan kepada negara tercinta,” demikian kata pasangan suami isteri yang mengharumk­an nama negara apabila menakluk puncak Everest pada 2007, Mohd Rafi Kori, 38, dan Marina Ahmad, 36.

Kejayaan misi Merdeka de Everest 2007 lebih bermakna apabila Marina mencatat sejarah menjadi wanita pertama negara yang berjaya menjejakka­n kaki ke puncak tertinggi dunia itu.

Ekspedisi yang mengambil masa lebih dua bulan berkenaan turut disertai jurukamera RTM, Allahyarha­m Idris

Said, Wira Negara Everest 2004, Ahmad Reduan

Rozali, Ahmad Fakhri Abu Samah, bekas Timbalan Menteri Penerangan, Tan Sri Khalid Yunus dan diketuai Muhammad Fauzan Hassan.

Menurut Marina, impian untuk menawan puncak Everest bermula pada 2002 ketika menyertai Ekspedisi Kala Patthar & Everest Base Camp Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama 24 pelajar.

“Puncak Everest boleh kelihatan dari tempat kami berkumpul dan ketika itu saya memasang impian akan menaklukin­ya suatu hari nanti.

“Alhamdulil­lah, rezeki itu hadir lima tahun kemudian dan biarpun kini sudah 10 tahun berlalu namun kenangan manis berada 45 minit di puncak itu masih segar dalam ingatan,” katanya.

Kata anak kelahiran Pendang, Kedah itu lagi, kepayahan serta kepenatan pendakian menuju puncak lebih 10 jam hilang sebaik saja dia berdiri di puncak tertinggi dunia itu.

Katanya, peluang menyaksika­n sendiri perubahan waktu siang dan malam pada satu masa selain menyaksika­n kebesaran ciptaan Ilahi membuatkan­nya berasa begitu kerdil.

“Saya bersyukur kerana dalam ramai rakyat Malaysia, kami antara yang terpilih dan diberi rezeki untuk berada di puncak idaman semua itu.

“Kejayaan itu mustahil dapat direalisas­ikan tanpa kerjasama seluruh pasukan dan doa seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Ekoran kejayaan berkenaan, Marina turut menerima pelbagai penghargaa­n termasuk Anugerah Belia Negeri

Kedah 2007, Anugerah Ikon Felda 2007 dan Anugerah Maulidur Rasul 2008 yang disampaika­n sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong (ketika itu), Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Bagaimanap­un,

Marina kini terpaksa memperlaha­nkan aktiviti sukan gunung bagi memberi tumpuan kepada keluarga

 ??  ?? MARINA (kiri) bersama Mohd Rafi di puncak Gunung Everest pada 21 Mei 2007.
MARINA (kiri) bersama Mohd Rafi di puncak Gunung Everest pada 21 Mei 2007.
 ??  ?? MARINA ketika diiktiraf sebagai Pendaki Wanita Pertama Malaysia menawan puncak Everest.
MARINA ketika diiktiraf sebagai Pendaki Wanita Pertama Malaysia menawan puncak Everest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia