Harian Metro

Tiada guna merintih

 Insan wajar berusaha bersungguh-sungguh ubah nasib diri

- Bersama Mohd Rizal Azman Rifin Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Islam menggalakk­an umatnya sentiasa bersikap positif membina kehidupan yang selesa. Rezeki itu tidak akan datang bergolek tanpa adanya usaha.

Begitu juga dengan status sosial seseorang itu bukan satu warisan yang akan kekal selamanya.

Seandainya kini seorang itu hidup miskin dan penuh sengsara, tidak mustahil status itu dapat diubah hasil usaha menambah punca rezeki.

Banyak atau sedikit hasil diperoleh terletak pada banyak atau sedikit usaha yang dilakukan. Inilah formula yang tetap relevan sepanjang masa.

Allah SWT mahu setiap hamba-Nya berusaha mengubah keadaan hidup daripada miskin kepada kehidupan yang selesa dengan memiliki harta.

Dengan adanya harta, kebaikanny­a bukan saja untuk diri sendiri malah yang lebih utama ia mampu dimanfaatk­an untuk kepentinga­n orang lain.

Perubahan corak hidup daripada status miskin kepada seorang yang kaya bukan satu ‘misteri’ atau tidak boleh direalisas­ikan.

Bacalah Surah Ar-Ra’ad ayat 11, Allah berfirman yang bermaksud: “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasib dirinya sendiri.”

Itu adalah formula pertama dalam usaha mengubah kehidupan.

Ubah cara berfikir, bertindak dan sikap lama kepada sikap baru yang lebih positif.

Ia adalah ramuan terbaik untuk memperoleh kejayaan dalam apa saja aspek kehidupan.

Golongan fakir miskin sebenarnya tidak pernah diabaikan kerana Islam menerusi saluran zakat dan sedekah membolehka­n kedaifan hidup golongan itu terbela.

Dengan adanya bantuan zakat kepada golongan asnaf bukanlah bermakna Islam meletakkan taraf kemiskinan sebagai titik akhir dalam kehidupan seseorang.

Orang yang menjadi penerima bantuan zakat misalnya perlu mempunyai azam tinggi untuk ‘keluar’ daripada taraf fakir miskin.

Dengan kata lain, Islam tidak menggalakk­an kita meneruskan tradisi sebagai penerima tetap bantuan zakat.

Usaha perlu dilakukan supaya taraf fakir miskin dapat bertukar kepada ‘pemberi zakat’. Itulah sikap yang perlu ditanam dalam jiwa kita.

Di negara kita, pelbagai usaha boleh dilakukan untuk dijadikan sebagai mata pencarian. Ini termasuk pelbagai bantuan disediakan pelbagai agensi kerajaan.

Cuma sikap kita yang akan menentukan hala tuju, seterusnya sama ada mahu menjadi Muslim yang berjaya atau terus terhimpit di bawah paras kemiskinan.

Pada Jun 2014, terdapat satu laporan berita yang memaparkan bagaimana seramai 180 penduduk di kawasan Jertih, Terengganu berjaya mengubah taraf hidup mereka daripada hidup miskin kepada kehidupan lebih selesa.

Ia adalah berkat usaha bersungguh-sungguh mereka menjayakan Projek Azam Tani. Projek Azam Tani itu adalah satu projek murni yang dilaksanak­an Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Kita begitu teruja menatap laporan itu yang memberitah­u ada dalam kalangan peserta Azam Tani itu bukan lagi bergelar penduduk miskin.

Sebilangan mereka berjaya memperoleh pendapatan melebihi RM10,000 sebulan melalui pelbagai aktiviti berasaskan pertanian.

Kejayaan peserta

Projek Azam Tani itu membuktika­n perubahan sikap yang komited untuk berjaya mampu dijelmakan sekiranya mengamalka­n sikap komited serta tidak mudah putus asa.

Inilah yang dikatakan, ‘Yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek’.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia