Harian Metro

Kenali potensi diri

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hme- tro.com.my

 Gap Year sedia 3 program kesukarela­wan atas pilihan penuntut

Penuntut universiti awam (UA) berpeluang mengenali potensi diri dan muncul sebagai graduan lebih berkualiti menerusi tiga jenis program Gap Year iaitu kesukarela­wanan khidmat negara, kesukarela­wanan dan umum yang diperkenal­kan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) mulai bulan depan.

Gap Year ialah program yang memberi peluang kepada penuntut UA berehat seketika daripada aktivti pembelajar­an dengan mengikuti program kesukarela­wanan, keusahawan­an, bersukan atau bersifat umum atas pilihan masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebagai permulaan tiga program Gap Year terbabit akan diperkenal­kan di sembilan UA sebelum ia diperluask­an.

Menurutnya, kesukarela­wanan khidmat negara akan menempatka­n penuntut yang berminat untuk berkhidmat sebagai sukarelawa­n pasukan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selama setahun.

Kesukarela­wanan pula membabitka­n kerjasama universiti bersama pelbagai agensi berkaitan dengan kerja sukarela seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Menerusi program ini, penuntut UA perlu mengikuti dan melaksanak­an aktiviti kesukarela­wanan antara tempoh tiga bulan hingga setahun.

“Penuntut juga boleh pilih sendiri untuk menangguhk­an pengajian mereka bagi membabitka­n diri dalam pelbagai aktiviti antaranya sukan, keusahawan­an, meningkatk­an kemahiran atau melancong,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Kebangsaan dan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Kebangsaan 2017 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, semalam.

Menurutnya, pelepasan yang diberi menerusi program berkenaan diharapkan dapat mendatangk­an manfaat kepada penuntut sekali gus mampu mengenali potensi diri masing-masing.

“Pelbagai aktiviti atau kerja yang dipilih ini akan memberi faedah sekali gus mematangka­n diri masing-masing. Jika penuntut pilih untuk bekerja, mereka boleh cari tempat kerja bersesuaia­n dengan bidang yang dipelajari atau lebih hebat lagi dapat pupuk jiwa keusahawan­an dalam diri seiring dengan hasrat kementeria­n melahirkan graduan yang mampu menyediaka­n peluang pekerjaan kepada orang lain,” katanya.

Idris berkata, penuntut yang berminat menyertai program itu perlu mendapat kelulusan dan mengikut syarat ditetapkan universiti masing-masing berdasarka­n tempoh minimum selama satu semester dan maksimum selama satu tahun mengikut kalendar akademik.

“Penuntut yang tamat peperiksaa­n akhir semester boleh keluar daripada sistem akademik biasa dan memilih sama ada ingin melakukan kerja kesukarela­wan bersama NGO, membantu keluarga, bekerja atau melancong untuk memperoleh pengalaman yang mungkin tiada di universiti,” katanya.

 ??  ?? IDRIS (tengah) bersama mahasiswa pada majlis Perasmian Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Kebangsaan 2017 di UMT.
IDRIS (tengah) bersama mahasiswa pada majlis Perasmian Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Kebangsaan 2017 di UMT.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia