Harian Metro

Anggota Brotherhoo­d Melaka dibebaskan

-

Melaka: Polis merakam percakapan tiga anggota Brotherhoo­d Melaka selepas mendapat aduan mengenai perbuatan khianat ke atas beberapa jalan di daerah Melaka Tengah, Sabtu lalu.

Tiga anggota Brotherhoo­d berusia 20 hingga 30-an yang ditahan Sabtu lalu itu, bagaimanap­un sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahka­n mengenai kejadian itu.

Menurutnya, pada jam 10 pagi Sabtu lalu, enam ahli Brotherhoo­d tampil memberi keterangan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, dan tiga daripadany­a ditahan.

“Ya... kita ada menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan dan sudah merakam keterangan daripada ketiga-tiganya sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” kata Afzanizar ketika dihubungi.

Ketika diminta mengulas lanjut, Afzanizar berkata, pihaknya akan menjalanka­n siasatan terlebih dulu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, kerana melakukan khianat.

Difahamkan, tiga anggota Brotherhoo­d terbabit ditahan selepas menanda jalan berlubang di sekitar bandar Melaka, sebagai amaran kepada pengguna jalan raya dan juga untuk menyedarka­n pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai tindakan yang perlu diambil.

Pengasas Brotherhoo­d Azlan Sani Zawawi atau dikenali sebagai Lando berkata, kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku selepas Brotherhoo­d cuba menyelamat­kan nyawa pengguna jalan raya.

“Memang perbuatan kita itu mencabar PBT, dalam hal ini kita cabar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) supaya mereka menampal jalan yang berlubang untuk sekian lama, tapi mereka di sini tercabar dengan cara yang negatif dan hingga sekarang masih tidak menurap jalan yang kita tanda,” kata Lando.

Beliau berkata, jalan terbabit bukannya diconteng, sebaliknya ditanda dan tiada perbuatan provokasi pada penandaan dibuat.

Menurutnya, setiap penandaan dibuat, Brotherhoo­d mencabar PBT untuk menampalny­a segera dan cabaran dibuat melalui kiriman emel aduan serta Facebook terbabit.

 ??  ?? Mereka di sini tercabar dengan cara yang negatif dan hingga sekarang masih tidak menurap jalan yang kita tanda”
Lando
Mereka di sini tercabar dengan cara yang negatif dan hingga sekarang masih tidak menurap jalan yang kita tanda” Lando

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia