Harian Metro

Takut ragut nyawa

 Wanita warga asing maut terjun tingkat dua

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Tindakan seorang wanita warga Indonesia terjun dari tingkat dua sebuah premis pusat hiburan bagi melarikan diri mengundang padah apabila dia ditemui meninggal dunia di hadapan sebuah bank di Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, wanita terbabit yang berusia 20-an melarikan diri daripada pemeriksaa­n dijalankan pihak polis di sebuah pusat hiburan berhampira­n lokasi kejadian dipercayai kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit terjun dari tingkat dua menyebabka­n dia cedera di bahagian dada dan kaki.

“Menurut keterangan saksi, terdapat beberapa individu yang melihat mangsa terbaring di tepi jalan sebelum membawanya ke hospital bagi mendapatka­n rawatan.

“Bagaimanap­un, mayat wanita itu ditemui orang ramai di hadapan sebuah bank pada jarak 50 meter dari lokasi dia terjatuh kira-kira dua jam kemudian. Berdasarka­n keterangan saksi, kami percaya mangsa ditinggalk­an di lokasi terbabit selepas mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Munusamy berkata, ketika ditemui, mayat mangsa berpakaian lengkap.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di dada dan kaki. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 120 individu ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di pusat hiburan berkenaan.

“Kebanyakan mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Selain itu, kami turut menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia kerana memiliki dadah jenis amphetamin­e,” katanya.

 ??  ?? MANGSA yang ditemui terbaring di hadapan sebuah bank di Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, kelmarin.
MANGSA yang ditemui terbaring di hadapan sebuah bank di Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia