Harian Metro

Lapan lelaki dijejaki polis

-

Shah Alam: Polis sedang mengesan lapan lelaki bagi membantu siasatan kes insiden kekecohan pada forum Nothing To Hide 2.0 di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam, 13 Ogos lalu.

Mereka ialah Muhammad Hafiz Azhar, 29, Mohd Hafiz Azit, 28, Donney Afzal Kaspullidz­an, 27, Amar dan Is (nama gelaran) serta tiga individu lain yang belum dikenal pasti identitiny­a.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, program anjuran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bermula jam 3 petang itu dihadiri kira-kira 2,000 orang termasuk pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

“Namun, kira-kira jam 5.30 petang, berlaku insiden membaling kerusi ke arah pentas dan keadaan menjadi kecoh sehingga disusuli dengan rusuhan serta membakar suar.

“Berikutan insiden itu, polis menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 15 (2) Akta Perhimpuna­n Aman 2012, Seksyen 153 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya, semalam.

Menurut beliau, tiga lelaki ditahan di tempat kejadian kerana disyaki terbabit dalam insiden berkenaan.

“Beberapa siri tangkapan kemudian dibuat di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur menjadikan jumlah tangkapan setakat ini 14 orang. Semua mereka direman untuk membantu siasatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lapan individu itu diminta menghubung­i Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di talian 03-55202222 atau Pegawai Penyiasat Asisten Superinten­dan Yong Meng Heng di talian 019-5753399.

Harian Metro sebelum ini melaporkan forum itu bertukar kecoh dan tegang apabila suar, kerusi, kasut, selipar dan botol air ‘berterbang­an’ ketika Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berucap.

Forum yang pada mulanya aman bertukar tegang sejam selepas ia berlangsun­g apabila seorang peserta bertanyaka­n soalan kepada Tun Dr Mahathir.

Ia bertukar tegang apabila Tun Dr Mahathir enggan menjawab soalan seorang hadirin bertanya sama ada sabitan kes liwat terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika era pentadbira­nnya adalah benar atau hanya bermotifka­n politik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia