Harian Metro

PDRM cekup militan lagi

 Warga tempatan, asing dipercayai pengganas ditahan dalam operasi menjelang KL2017

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Polis menahan beberapa suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan militan menerusi beberapa operasi menjelang penganjura­n Sukan SEA ke-29 (KL2017).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka yang ditahan adalah warga tempatan dan asing.

“Operasi dijalankan membuahkan hasil seperti dirancang. Kami tahan beberapa suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan di seluruh dunia.

“Perincian tangkapan berkenaan akan didedahkan kemudian,” katanya dalam sidang media pada majlis pelancaran modul peningkata­n integriti My Psychology Spiritual (MyPS) di Bukit Aman, semalam.

Menjelang penganjura­n KL2017, Khalid berkata, Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman melancarka­n beberapa siri operasi bersepadu.

Katanya, operasi turut membabitka­n Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang menyediaka­n alat mengesan radioaktif.

“Matlamat utama operasi ialah mengesan warga asing yang mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas antarabang­sa,” katanya.

Mengulas insiden keganasan di Barcelona, Sepanyol, beberapa hari lalu, Khalid berkata, PDRM memberi perhatian serius terhadap ancaman ke- ganasan yang membabitka­n keselamata­n nyawa orang awam.

“Kami mengambil pelbagai langkah untuk menghalang keganasan di negara ini. PDRM sentiasa bersiap siaga dan melakukan rondaan bersama anggota tentera di kawasan tumpuan awam serta pelancong,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia