Harian Metro

Suspek pernah dibuang daerah

-

Kuala Lumpur: Suspek dan saksi utama kes tembak mati anggota polis Bukit Aman di Changlun, Kedah pernah menjalani tahanan buang daerah mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata suspek berkenaan sebelum ini disekat pergerakan­nya di kawasan Changlun.

“Suspek pertama dan saksi utama itu memang ada di daerah terbabit (Changlun), kediamanny­a di situ,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran modul peningkata­n integriti My Psikologi Spiritual (MyPS) di Bukit Aman, semalam.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai dua suspek yang ditahan, Khalid berkata, siasatan kini sedang dijalankan bagi mencari kaitan suspek dengan unsur kongsi gelap.

“Bagaimanap­un, kami mempunyai alasan kukuh untuk menyenarai­kan mereka dalam senarai orang dikehendak­i, ” katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, terbunuh selepas terkena tembakan semasa sedang berbual bersama suspek utama di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Changloon.

Harian Metro pernah melaporkan sebelum ini, suspek pertama terbabit dikenali sebagai Pak Su pernah ditahan buang daerah di Cameron Highlands, Pahang sebelum dibenarkan tinggal di Changlun.

Dia juga turut dipakaikan Peranti Pengawasan Elektronik (EMD) bagi memantau dan menghadkan pergerakka­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia