Harian Metro

KDNK Malaysia diunjur terus berkembang

-

Kuala Lumpur: Ekonomi Malaysia akan berkembang dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka melebihi lima peratus pada 2017, mengatasi 4.2 peratus pada 2016.

Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Nazir Razak berkata, bagaimanap­un, pertumbuha­n ekonomi global yang berhati-hati pada separuh kedua tahun ini akan mengehadka­n trajektori menaik.

“Pengumuman KDNK 5.8 peratus baru-baru ini menunjukka­n momentum ekonomi yang kukuh,” katanya di luar Siri Meja Bulat ASEAN mengenai Pengukuhan Pasaran Modal di ASEAN: Peluang dan Cabaran di sini, semalam.

Beliau berkata, pasaran utama termasuk Amerika Syarikat, China dan lain-lain ekonomi menunjukka­n pemulihan pertumbuha­n pada separuh pertama 2017.

“Kita mempunyai jumlah komoditi yang tinggi dan sebagainya. Semua ini mendapat manfaat daripada pemulihan dunia yang serentak,” katanya sambil menambah, CIMB mengekalka­n unjuran KDNK pada 5.1 peratus bagi tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi Institut Penyelidik­an ASEAN CIMB Tan Sri Dr Munir Majid berkata, pertumbuha­n dicatatkan pada suku kedua itu adalah sangat memberangs­angkan.

Beliau berkata, bagaimanap­un, negara sewajarnya tidak leka dengan prestasi berkenaan.

“Pencapaian ini sangat menggalakk­an. Bagaimanap­un, terdapat golongan muda yang belum memperoleh pekerjaan atau mendapat kerja yang baik namun masih perlu membayar pinjaman pendidikan mereka dan berdepan kos sara hidup, malah ada yang membuat dua kerja untuk memenuhi keperluan.

“Justeru, banyak lagi isu yang mesti ditangani. Angka agregat (pertumbuha­n KDNK) adalah baik memandangk­an ia memberi keyakinan dalam ekonomi, menjana pelaburan dan menjadi faktor selesa yang amat perlu,” katanya. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia