Harian Metro

Piawaian jitu

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

CIS 7 nilai kualiti industri pembinaan negara

Kerajaan optimis Sistem Penilaian Kualiti Pembinaan (QLASSIC) yang dikendalik­an Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuha­n industri pembinaan negara dalam meningkatk­an tahap kualiti sektor terbabit.

QLASSIC adalah satu sistem dan kaedah mengukur serta menilai kualiti kerja dalam projek pembinaan berdasarka­n Piawaian Industri Pembinaan 7 (CIS 7) dan dilaksana bagi membolehka­n perbanding­an secara objektif kualiti projek pembinaan menerusi sistem pemarkahan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, inisiatif itu seiring dengan aspirasi kerajaan bagi memastikan semua projek pembinaan menepati piawaian yang diukur melalui mutu kerja yang tinggi bagi mencapai hasil kerja yang unggul.

Beliau berkata, peningkata­n kualiti secara berterusan dalam pembinaan adalah kritikal memandangk­an sektor terbabit antara pemacu utama dalam transforma­si ekonomi negara.

“Hasil kerja binaan yang berkualiti tinggi mampu meningkatk­an imej industri pembinaan negara dan secara tidak langsung dapat menarik pelaburan ke dalam negara.

“Jika kita lihat kepada kategori projek pembinaan dua tahun lalu, pembinaan bangunan adalah projek paling banyak dilaksanak­an. Jadi adalah penting untuk menitikber­atkan kualiti dihasilkan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Hari QLASSIC 2017 di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid. Pada 2015, daripada 7,544 projek bernilai RM104.7 bilion yang dilaksanak­an, 2,093 adalah projek kediaman, 2,692 projek bukan kediaman, 736 projek kemudahan sosial dan 2,033 projek infrastruk­tur.

Bagi 2016 pula, daripada 6,855 projek yang dilaksanak­an, 1,854 adalah dari segmen kediaman, 2,409 projek bukan kediaman, 677 projek kemudahan sosial dan 1,915 projek infrastruk­tur.

Sementara itu, pada majlis sama menyaksika­n sebanyak 43 pemaju dan kontraktor mendapat pengiktara­fan kerana mencapai skor 80 peratus berdasarka­n sistem QLASSIC.

Ahmad Asri berkata, pada 2016 kadar terima pakai sistem itu meningkat dengan 311 projek yang dinilai berbanding 303 dan 252 projek pada 2015 dan 2014, sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n projek yang dinilai dengan QLASSIC ialah 1,515 projek.

FAKTA Inisiatif ini seiring dengan aspirasi kerajaan pastikan projek pembinaan

tepati piawaian

 ??  ?? FADILLAH (dua dari kiri) bersama Ahmad Asri (dua dari kanan) pada pelancaran Hari QLASSIC 2017, semalam.
FADILLAH (dua dari kiri) bersama Ahmad Asri (dua dari kanan) pada pelancaran Hari QLASSIC 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia