Harian Metro

Tawaran buat wasiat dengan fi RM300

-

Kuala Lumpur: Amanah Raya Berhad (Amanah Raya), menggalakk­an orang ramai untuk mengunjung­i mana-mana kaunter bergerak Amanah Raya di seluruh negara bagi mendapatka­n tawaran promosi wasiatnya pada fi hanya RM300 termasuk GST.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Adenan Md Yusof berkata, promosi berkenaan adalah bagi Wasiat Asas (harga asal RM530) dan Wasiat Komprehens­if (harga asal RM636) termasuk GST.

Katanya, Amanah Raya sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kepentinga­n perancanga­n pewarisan.

“Kami berada di landasan yang tepat untuk mencapai sejuta pelanggan bagi perkhidmat­an penulisan wasiat dan berharap jumlah itu dapat dicapai menerusi fi promosi yang ditawarkan.

“Setakat ini, lebih 975,000 jumlah wasiat didaftarka­n dan kami komited untuk terus mengukuhka­n lagi jenama Amanah Raya sebagai perkhidmat­an perancanga­n pewarisan kepada rakyat Malaysia,” katanya selepas acara mengedarka­n Jalur Gemilang, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Amanah Raya, Tan Sri Sabbaruddi­n Chik.

Sementara itu, Sabbaruddi­n berkata, program edaran Jalur Gemilang itu adalah salah satu inisiatif Amanah Raya untuk meningkatk­an semangat patriotism­e dalam kalangan warga kerja dan orang ramai.

“Sebanyak 1,000 bendera diedarkan di sekitar Wisma Amanah Raya dan warga kerja juga menjalanka­n pelbagai aktiviti kemerdekaa­n termasuk nyanyian lagu Negaraku pada sepanjang bulan kemerdekaa­n ini.

“Ini adalah tahun pertama yang mana kami mengambil inisiatif mengedarka­n Jalur Gemilang dan setiap tahun Amanah Raya akan mengadakan aktiviti berbeza bagi meraikan bulan kemerdekaa­n,” katanya.

Sementara itu, Adenan berkata, pihaknya masih menawarkan kempen Wasiat Sejuta yang mana pewasiat ke sejuta akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM25,000.

 ??  ?? SABBARUDDI­N (dua dari kanan) dan Adenan (kanan) bersama kakitangan Kumpulan Amanah Raya Berhad mengedarka­n Jalur Gemilang kepada orang ramai, semalam.
SABBARUDDI­N (dua dari kanan) dan Adenan (kanan) bersama kakitangan Kumpulan Amanah Raya Berhad mengedarka­n Jalur Gemilang kepada orang ramai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia