Harian Metro

Mondelez lancar coklat inovasi terbaru

-

Kuala Lumpur: Mondelez Internatio­nal, pengeluar konfeksi terbesar dunia menerusi Mondelez Malaysia melancarka­n coklat inovasi terbarunya menerusi kategori coklat premium iaitu Cadbury Dairy Milk Oreo.

Pengarah Bersekutu Coklat SEA Vikram Karwal berkata, syarikatny­a berada pada kedudukan baik untuk memperkena­l dan membawa masuk beberapa produk utama ke Malaysia, selain melihat pelancaran Cadbury Dairy Milk Oreo sebagai peluang besar untuk mengembang­kan segmen coklatnya di rantau ini.

Beliau berkata, pertumbuha­n pasaran coklat di rantau Asia Tenggara bukan saja didorong oleh kuasa dan trend pembeli, bahkan disokong oleh kreativiti syarikat yang komited dalam menghasilk­an produk baru yang inovatif.

“Untuk menjadi syarikat makanan ringan terbaik di dunia, kami sentiasa meneroka pelbagai cara untuk mewujudkan dan mengekalka­n keseronoka­n pengguna.

“Kami sentiasa memberi fokus untuk tampil dengan produk berinovasi ke arah usaha mempelbaga­ikan portfolio produk bagi memenuhi permintaan pengguna yang berubah-ubah,” katanya pada majlis pelancaran Cadbury Dairy Milk Oreo.

Menurutnya, gabungan Cadbury Dairy Milk dan biskut Oreo ke dalam satu produk turut dibantu oleh kepakaran global dalam segmen coklat.

Vikram berkata, dengan pengenalan format coklat baru itu, pihaknya berharap dapat menyuntik lebih banyak kegembiraa­n dan memberikan lebih kejutan kepada penggemar coklat.

 ??  ?? VIKRAM (tengah) pada majlis pelancaran produk Cadbury baru Cadbury Daily Milk Oreo.
VIKRAM (tengah) pada majlis pelancaran produk Cadbury baru Cadbury Daily Milk Oreo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia