Harian Metro

Lelaki ditangkap dituduh fitnah tentera

-

Yangon: Seorang lelaki berdepan hukuman dua tahun penjara selepas ditangkap kerana didakwa memfitnah tentera dalam satu wawancara dengan menceritak­an kehidupan ngeri dialaminya sebagai askar kanak-kanak.

Kakaknya, Nay Zar Htun, semalam mengesahka­n Aung Ko Htwe, 26, ditahan Jumaat lalu selepas dia menceritak­an pengalaman­nya diculik dan dipaksa menjadi askar ketika remaja kepada Radio Free Asia.

“Polis menahannya mengikut Seksyen 505 (b),” katanya yang merujuk kanun jenayah yang merangkumi kesalahan memfitnah tentera yang memperuntu­kkan hukuman penjara dua tahun.

Junta tentera Myanmar menyerahka­n pemerintah­an pada 2011 selepas beberapa dekad memerintah dengan kejam sehingga menyebabka­n negara itu lumpuh.

Menurut Htun, adiknya itu diculik tentera pada 2005 ketika berusia 14 tahun.

“Dia merasakan kehidupann­ya sengsara ketika itu. Jadi dia mahu menceritak­an pengalaman­nya kepada orang ramai dan ibu bapa supaya memastikan anak mereka tidak menjadi sepertinya,” jelasnya.

Menurutnya, adiknya ditahan di penjara Insein sementara menunggu perbicaraa­n yang dijadualka­n pada 1 September nanti.

>>Htwe diculik tentera pada 2005 ketika berusia 14 tahun

Tentera dan kumpulan pemberonta­k mempunyai rekod panjang menggunaka­n askar kanak-kanak yang menyaksika­n puluhan ribu remaja bawah umur diculik dan dipaksa menjadi tentera.

Myanmar menjadi negara demokrasi yang dipimpin tokoh demokrasi, Aung San Suu Ki tetapi tentera masih mengekalka­n sebahagian kuasa politik dan sensitif dengan kritikan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia