Harian Metro

27 orang awam maut dalam serangan udara AS

-

Beirut: Serangan udara pakatan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS) membunuh 27 orang awam di Raqa, bandar dikuasai kumpulan militan Daish, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), semalam.

Pengarahny­a Rami Abdel Rahman berkata, tujuh budak antara mangsa yang mati dalam serangan di kawasan berpendudu­k tinggi, Al-Badu.

Raqa yang pernah menjadi kubu Daish kini hampir separuh jatuh ke tangan Pasukan Demokratik Syria (SDF), sekutu pejuang Kurdis dan Arab yang menyerang bandar itu pada Jun lalu.

SDF disokong kuat pakatan tentera AS itu dan sering melancarka­n serangan udara yang dilaporkan membunuh orang awam.

Pada Ogos lalu, pakatan tentera berkenaan mengakui peranannya mengakibat­kan kematian 624 orang awam dalam serangan udara di Syria dan Iraq sejak 2014, tetapi kumpulan hak asasi manusia menganggap jumlah sebenar lebih tinggi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menganggar­kan sehingga 25,000 orang awam terperangk­ap di dalam bandar itu, manakala bekalan makanan dan bahan bakar terlalu terhad.

Sementara itu, agensi berita Russia mendakwa lebih 200 militan maut di Deir al-Zor dalam serangan udara Moscow.

Daish kini menumpukan tenteranya di sekitar Deir al-Zor susulan semakin hilang kuasa di Raqqa dan Homs.

Laporan media Russia itu tidak menyatakan bila serangan berkenaan dilaksanak­an, tetapi mendakwa peralatan ketenteraa­n Daish turut dimusnahka­n. - Agensi

 ??  ?? MENARA jam Big Ben dibunyikan untuk kali terakhir pada jam 12 tengah hari semalam sebelum kerja membaik pulih dimulakan yang dijangka mengambil masa empat tahun.
- Reuters
MENARA jam Big Ben dibunyikan untuk kali terakhir pada jam 12 tengah hari semalam sebelum kerja membaik pulih dimulakan yang dijangka mengambil masa empat tahun. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia