Harian Metro

Badan kerat dua

- Daily Mail

 Ibu baru lahirkan anak maut dalam nahas lif ngeri ketika dipindahka­n ke wad

Seorang wanita berusia 26 tahun yang baru melahirkan anak, mati dalam kemalangan ngeri apabila badannya terkerat dua dalam nahas lif di hospital tempat dia bersalin.

Rocío Cortés Núñez dilaporkan terbunuh ketika dibawa menggunaka­n pengusung dari aras dua ke wad bersalin di aras tiga Hospital Valme di Seveille, selatan Sepanyol selepas menjalani pembedahan caesarean.

Bayi mangsa bersamanya ketika nahas berlaku tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rocío turut mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan tiga tahun, lapor akhbar tempatan, El Correo.

Difahamkan, lif berkenaan mula bergerak ke atas sebelum pengusung yang membawanya dimasukkan sepenuhnya akibat kesilapan mekanikal membabitka­n pintu automatik.

Laporan media tempatan rata-rata mengatakan badan mangsa dikerat dua dalam kejadian jam 2.30 petang (waktu tempatan), semalam.

Bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian tidak dapat melakukan apa-apa untuk membantu mangsa dan mengambil masa dua jam mengeluark­an mayatnya.

Kepalanya dilaporkan terperangk­ap antara bingkai lif dan bumbungnya, manakala badan serta kakinya terjuntai di lubang lif berkenaan.

Abang ipar mangsa, David Gaspar berkata, suami mangsa yang juga adiknya terlalu terkejut dengan kejadian itu.

“Sungguh tak boleh dipercayai. Sesuatu mesti dilakukan, kejadian ini tidak boleh dibiarkan begitu saja tanpa pihak bertanggun­gjawab dikenakan hukuman sewajarnya,” katanya kepada Europa Press.

Siasatan kini dijalankan.

 ??  ?? ROCÍ O
ROCÍ O

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia