Harian Metro

Rezeki si miskin naik haji

-

Istanbul: Kisah seorang lelaki miskin di Ghana yang mendapat ‘rezeki terpijak’ menunaikan haji menjadi tular di media sosial Turki, selepas dia dirakam bertanya sama ada dron yang jatuh di depan rumahnya boleh membawanya ke Makkah.

Al-Hassan Abdullah dilapor menunaikan haji dengan bantuan kementeria­n luar dan badan kebajikan Turki selepas tiba di Istanbul, Jumaat lalu.

Menurut laporan, Abdullah menemui dron berkamera di kampungnya dan ketika menyerahka­nnya kepada krew penggambar­an Turki yang memilikiny­a, dikatakan bertanya sama ada mereka mempunyai peralatan seumpamany­a yang lebih besar untuk menerbangk­annya ke Arab Saudi.

Perbualan itu menjadi tular hingga dilaporkan sampai ke pengetahua­n Menteri Luar Mevlüt ÇavuşoOElu yang terus membantu membuat persediaan untuk Abdullah menunaikan haji.

Abdullah dipetik memberitah­u Agensi Anadolu: “Saya sangat bersyukur dengan rezeki Tuhan ini dan berdoa untuk semua yang membantu saya mencapai impian ini.

“Bantuan ini terlalu bermakna untuk saya. Saya percaya ia sesuatu yang mampu memperbaik­i persahabat­an dan persaudara­an sesama Muslim.”

Sementara itu, Cihad Gökdemir, penolong pengurus badan kebajikan yang menyambut Abdullah di lapangan terbang di Istanbul berkata, kisah lelaki itu tersebar selepas kakitangan TRT World memuat naik gambarnya di Twitter.

“Orang ramai termasuk ahli perniagaan dan syarikat swasta mula bertanya mengenainy­a kerana mahu membantuny­a mencapai impian itu.

“Akhirnya dia berjaya dikesan anggota polis Turki yang bertugas di Ghana,” katanya. - Agensi

 ??  ?? KISAH Abdullah menjadi tular selepas gambarnya dimuat naik ke Twitter. - Agensi
KISAH Abdullah menjadi tular selepas gambarnya dimuat naik ke Twitter. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia