Harian Metro

Qatar nafi sekat pesawat haji mendarat

-

Doha: Qatar semalam menafikan ia melarang penerbanga­n Arab Saudi mendarat untuk membawa jemaah haji ke Makkah seperti didakwa Riyadh.

Ahad lalu, Saudi Arabian Airlines mendakwa pihak berkuasa Qatar enggan membenarka­n penerbanga­nnya yang dijadualka­n mengambil jemaah haji dari Qatar mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hamad.

Penerbanga­n itu antara yang dibenarkan membawa rakyat Qatar mendarat di Arab Saudi, yang minggu lalu membuka sementara sempadan untuk jemaah haji, lebih dua bulan selepas krisis diplomatik melihat Riyadh memutuskan semua hubungan dengan Doha termasuk melarang rakyatnya di negara itu.

Sumber rasmi pihak berkuasa penerbanga­n awam Qatar semalam berkata: “Berita penerbanga­n berkenaan dilarang mendarat itu tidak berasas langsung.”

Pihak berkuasa penerbanga­n awam Qatar mengesahka­n menerima permintaan syarikat penerbanga­n Saudi itu untuk izin mendarat dan merujuknya kepada kementeria­n hal ehwal Islam ‘seperti menjadi amalan selama ini.’

Arab Saudi bulan lalu berkata, jemaah Qatar akan dibenarkan masuk ke negara itu untuk menunaikan haji tetapi memberikan beberapa syarat termasuk cuma dibenarkan terbang masuk menaiki penerbanga­n yang diluluskan Riyadh. Keputusan itu diselar Doha, apabila pihak berkuasa menganggap Riyadh menggunaka­n haji sebagai senjata politik.

Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu memutuskan hubungan diplomatik serta perdaganga­n dengan Qatar pada 5 Jun lalu dalam krisis politik terburuk di rantau Teluk sejak berdekad lalu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia