Harian Metro

Real garang

Juara La Liga menang selesa di tempat lawan

-

Rentak kemenangan Real Madrid seolah-olah tidak berakhir apabila juara Eropah itu memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan La Liga Sepanyol dengan kemenangan selesa ke atas Deportivo la Coruna di gelanggang lawan.

Gareth Bale (minit ke-20), Casemiro (m-26) dan Toni Kroos (m-62) menjaringk­an gol buat pelawat namun malam Madrid di La Riazor berakhir dengan nada mengecewak­an apabila kapten Sergio Ramos dilayangka­n kad merah ke-23 dalam kariernya bersama Real.

“Jelas saya tidak gembira dengan apa yang berlaku terhadap Sergio,” kata bos Madrid, Zinedine Zidane.

“Saya tidak suka melihat pemain saya dibuang padang tapi kami tidak boleh mengubahny­a sekarang.”

Ramos sepatutnya disingkirk­an lebih awal pada babak kedua apabila dia hanya menerima kad kuning kerana menampar muka pertahanan Deportivo, Fabian Schar.

Bagaimanap­un, dia berkongsi rekod dengan 18 kad merah dalam La Liga dengan kad kuning kedua selepas menyiku Borja Valle pada masa kecederaan.

“Secara umum kami boleh berpuas hati dengan persembaha­n kami,” ujar Zidane.

“Ia bukannya tempat yang mudah untuk bermain dan mereka juga berpeluang menjaringk­an gol.”

Zidane membuat empat pertukaran daripada pasukan yang mencatat kemenangan agregat 5-1 ke atas Barcelona dalam aksi Piala Super Sepanyol minggu ini.

Kemenangan akan memberikan trofi keempat buat pasukan Zidane selepas menjulang La Liga, Liga Juara-Juara dan dan Piala Super UEFA dalam tempoh beberapa bulan ini.

Pencabar utama Real, Barcelona membuka kempen dengan kemenangan 2-0 ke atas Real Betis di Nou Camp, yang mana pemain memakai lilitan lengan hitam sebagai tanda berkabung apabila 14 terbunuh dan sekitar 120 cedera di Las Ramblas berikutan serangan pengganas minggu lalu. Perkataan ‘Barcelona’ juga menggantik­an nama individu di belakang jersi pemain.

Tuan rumah menang menerusi gol sendiri Alin Tosca pada minit ke-36 dan rembatan Sergi Roberto dua minit kemudian.

 Secara umum kami boleh berpuas hati dengan persembaha­n kami”

Zinedine Zidane

 ??  ?? VAZQUEZ (kanan) diasak pemain Deportivo dalam saingan La Liga Sepanyol.
VAZQUEZ (kanan) diasak pemain Deportivo dalam saingan La Liga Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia