Harian Metro

INI BARU CHELSEA J

- AFP

London

uara Liga Perdana Inggeris, Chelsea mendapat suntikan semangat yang amat diperlukan semalam apabila dua gol Marcos Alonso memberikan mereka kemenangan 2-1 ke atas naib juara tahun lalu Tottenham Hotspur dalam perlawanan ke-50 kendalian Antonio Conte.

Pemain Sepanyol berusia 26 tahun itu meledak gol kemenangan kurang tiga minit sebelum tamat dalam persembaha­n karakter terbaik Chelsea, selepas mereka terjejas seketika apabila pemain gantian Michy Batshuayi tertanduk masuk ke dalam golnya sendiri lapan minit sebelum tamat.

“Ini tindak balas sempurna pasukan juara,” kata Conte.

“Saya amat gembira dengan kesungguha­n mereka merebut setiap bola dan mereka membuktika­n kepada saya keghairaha­n musim lalu masih ada.”

Ketika tiga mata melegakan pasukan Conte - selepas tumpas mengejut 2-3 kepada Burnley di laman sendiri pada perlawanan pembukaan pendatang baru Huddersfie­ld Town melakar kemenangan kedua dalam dua perlawanan untuk berada di belakang pendahulu Manchester United dengan enam mata.

Terriers, kelab baru naik liga ketiga menang dua aksi pertama, menewaskan Newcastle 1-0 apabila pemain Australia, Aaron Mooy melakukan sepakan lencong menarik untuk menyumbat gol tunggal pada babak kedua.

Di Wembley, Alonso membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma menakjubka­n pada minit ke-24 dan ketika Tottenham berusaha mencari gol penyamaan, anak buah Conte tidak bernasib baik meraih gol kedua apabila sepakan Willian terkena tiang gol.

Pasukan Conte dilihat akan membaca lebih banyak tajuk utama negatif apabila Batshuayi, yang hanya berada dalam padang selama beberapa minit, tertanduk sepakan percuma Christian Eriksen melepasi Thibaut Courtois.

Alonso bagaimanap­un sekali lagi menyelamat­kan pasukannya apabila menyambut hantaran Pedro Rodriguez dan merembat leret melepasi penjaga gol Spurs, Hugo Lloris.

“Menakjubka­n dan akhirnya gol di depan penyokong kami sendiri. Tiada apa yang lebih bagus,” kata Alonso, yang berharap menyamai pencapaian datuk dan bapanya mewakili Sepanyol.

“Bagi sepakan percuma itu, saya jarang sekali menjaringk­annya ketika latihan apatah

 Conte puji semangat pemain cipta kemenangan ke atas Spurs

lagi dalam perlawanan sebenar,” jelas Alonso, pemain terakhir Chelsea menjaringk­an dua gol di laman lawan di Leicester, Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia