Harian Metro

Klopp terus penggilira­n pemain

-

Liverpool: Liverpool perlu menggilirk­an skuad mereka musim ini jika mahu terus memberi cabaran dalam kedua-dua Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, kata pengurusny­a Juergen Klopp.

Klopp membuat lima pertukaran kepada kesebelasa­n pertamanya Sabtu lalu yang mencatat kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace, berselang dengan dua perlawanan playoff Liga Juara-Juara menentang Hoffenheim.

Pengurus kelahiran Jerman itu tidak memandang remeh biarpun mendahului 2-1 ke atas kelab Bundesliga itu menjelang aksi timbal balik di Anfield.

“Kita semua mengalami tekanan dan perlu sentiasa pantas,” kata Klopp.

“Anda perlu berada di sana segera, dan terus mempamerka­n aksi terbaik.

“Perbezaann­ya tahun ini adalah ia memang sukar, kita semua tahu perlawanan­nya hari ini, dua mata berbanding empat atau enam, ia tidak menyeronok­kan, tetapi anda boleh menyelesai­kannya.

“Anda tidak boleh melakukan perkara ini dalam kelayakan Liga Juara-Juara. Tekanannya begitu hebat bukan saja bagi kedua-dua pasukan, bukan kami saja dan ya, ia sesuatu yang istimewa dan itulah sebabnya kami melakukan pertukaran hari ini.”

Pemain gantian Dejan Lovren, Emre Can dan Mohamed Salah dijangka kembali dalam kesebelasa­n utama menentang Hoffenheim awal pagi Khamis.

Klopp berkata, beliau akan terus menggilirk­an pemainnya ketika kejohanan Eropah selagi penggantin­ya terus mampu mempamerka­n aksi menarik.

Selepas perlawanan kelayakan Eropah itu, Liverpool akan menanti kunjungan Arsenal Ahad ini. - Reuters

 ?? Juergen Klopp ?? Perbezaann­ya tahun ini adalah ia memang sukar, kita semua tahu perlawanan­nya hari ini, dua mata berbanding empat atau enam, ia tidak menyeronok­kan tetapi anda boleh menyelesai­kannya”
Juergen Klopp Perbezaann­ya tahun ini adalah ia memang sukar, kita semua tahu perlawanan­nya hari ini, dua mata berbanding empat atau enam, ia tidak menyeronok­kan tetapi anda boleh menyelesai­kannya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia