Harian Metro

Medan uji taktikal

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada mengaku 11 pemain baru yang dipanggil menjalani sesi latihan pusat skuad kebangsaan sudah menunjukka­n persefaham­an baik sekali gus membolehka­n pihaknya untuk merencana pelbagai taktik.

Justeru, perlawanan persahabat­an menentang Syria di Stadium Hang Jebat malam ini bakal menjadi medan untuk menguji sejauh mana pemainnya mampu melaksanak­an taktikal dan pergerakan yang sudah diatur.

“Perlawanan menentang Syria boleh dijadikan persiapan dalam usaha kami untuk mencapai keputusan lebih baik dan saya juga mahu melihat sejauh mana pemain mampu melaksanak­an apa yang cuba saya terapkan,” katanya pada sidang media praperlawa­nan yang diadakan di sini, semalam.

Hakikat itu diakui kapten, Safiq Rahim yang berkata pengendali itu sudah mula menerapkan pelbagai taktik dan ia dilihat sebagai antara perubahan besar yang dibawa Vingada dalam usaha untuk mempersiap­kan Harimau Malaya sebelum saingan Piala Asia menentang Lebanon nanti.

“Sebagai pemain, kami perlu memberikan yang terbaik sebelum perlawanan menentang Hong Kong, 5 September nanti. Walaupun aksi dengan Syria adalah sekadar perlawanan persahabat­an, namun kami tidak akan mengambil mudah.

“Malah, kami juga mahukan keputusan terbaik untuk memenuhi objektif pasukan dan pada masa sama kami tidak mahu memikirkan soal lain. Apa yang pasti, banyak perubahan positif terhadap pasukan ketika ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Syria, Ayman Al Hakeem memilih untuk merendah diri dan berkata, beliau tetap menghormat­i Malaysia yang dianggap sebagai pasukan agresif dan mampu memberi saingan kepada pasukannya.

“Kami perlu sedar bahawa perlawanan ini akan berlangsun­g di Malaysia dan anda ada kelebihan,” katanya.

Beliau menganggap perlawanan persahabat­an itu penting untuk persediaan pasukan sebelum menentang Qatar pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018.

 ??  ?? VINGADA (dua kiri) bersalaman dengan Ayman Al Hakeem, semalam.
VINGADA (dua kiri) bersalaman dengan Ayman Al Hakeem, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia