Harian Metro

‘Golden Boy’ bangga julang imej negara

-

Kuala Lumpur: “Papa dan mama saya berikan nama ‘Golden Boy’ sebagai doa agar nama saya bisa membanggak­an mereka dan juga negara,” kata atlet wushu Indonesia Muhammad Daffa Golden Boy.

Mula terlibat dalam sukan wushu sejak berumur 10 tahun, Daffa, 17, pernah memenangi dua emas Kejuaraan Remaja Asia di Mongolia pada 2015.

Pembabitan anak kedua daripada dua beradik ini dicetuskan sendiri ibu bapanya pada 2010.

“Pada mulanya ibu bapa saya yang menyuruh untuk ikut berlatih sukan ini. Akhirnya terus menjadi minat kerana ramai kawan yang bersama dengan saya. Prestasi saya juga semakin meningkat hingga akhirnya terpilih mewa- kili negara,” katanya selepas beraksi dalam acara Qiangshu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Dia yang membuat penampilan kali pertama dalam temasya ini, bagaimanap­un terpaksa akur untuk sekadar gangsa dalam acara itu di belakang atlet Malaysia Yeap Wai Kin dan Wong Weng Son, yang masing-masing memenangi emas dan perak.

Sementara itu, jurulatih pasukan wushu Indonesia, Ahmad Rivai berkata prestasi atlet muda itu semakin baik dan berbakat sekaligus mampu untuk pergi lebih jauh.

“Saya lihat prestasi dia bagus jadi saya pilih dia untuk masuk dalam pasukan. Dia ada tenaga dan bakat, mampu untuk pergi jauh dan boleh ganti atlet yang senior,” katanya yang mula menjadi jurulatih pada 1997.

Sementara itu, atlet wushu senior Indonesia, Achmad Hulaefi, 28, berkata perkembang­an wushu di negaranya sangat membanggak­an dengan kehadiran ramai atlet muda yang berupaya dan bersedia untuk beraksi.

“Umur mereka masih muda tapi sangat bagus. Seperti Daffa yang masih muda. Pastinya akan ada pengganti (penerus) kami yang senior ini. Mereka boleh naik dan pergi lebih jauh,” katanya yang memenangi perak kategori Daoshu dan Gunshu kali ini.-BERNAMA

 ??  ?? ATLET wushu negara Yeap Wai Kin meraih pingat emas manakala perak Wong Weng Son (kiri) dan gangsa Daffa (kanan).
ATLET wushu negara Yeap Wai Kin meraih pingat emas manakala perak Wong Weng Son (kiri) dan gangsa Daffa (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia