Harian Metro

Enggan terlalu yakin

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Lumpur: Pemain perseorang­an lelaki negara, Lim Chi Wing tidak mahu terlalu yakin walaupun akan berdepan negara yang kurang dikenali dalam sukan badminton, Laos untuk aksi pembukaan acara berpasukan lelaki di Arena Axiata, KL Sports City, hari ini.

Menurutnya, dia percaya Malaysia tidak akan berdepan masalah menang dan seterusnya mara ke separuh akhir berdepan antara Myanmar atau Singapura.

“Apa yang perlu kami lakukan ialah semua memberikan aksi terbaik dan selepas itu baru akan peroleh apa yang dihajati,” katanya, beraksi dalam acara berpasukan bersama seorang lagi pemain perseorang­an lelaki, Soong Joo Ven.

Chi Wing yang akan beraksi buat kali pertama di temasya ini, mengakui sudah bersedia dari segi mental dan fizikal, malah rakan-rakannya yang lain juga sangat bersemanga­t selepas membuat persiapan beberapa minggu sebelum ini.

“Saya rasa kami sudah bersedia dan mahu memulakan aksi dengan langkah kanan. Kami juga sudah mencuba gelanggang Arena Axiata dalam tempoh seminggu jadi kami mengetahui kekuatan angin di sana.

“Setakat ini, kami berpuas hati dengan persediaan gelanggang dan semuanya berada dalam keadaan baik,” katanya yang juga juara kebangsaan.

Dua tahun lalu pasukan lelaki meraih gangsa selepas terkandas di separuh akhir apabila tumpas 2-3 kepada Indonesia dan kali terakhir Malaysia meraih emas di Filipina 2005.

Selain Chi Wing dan Joo Ven, pemain lain negara membabitka­n beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

 ??  ??
 ??  ?? CHI Wing
CHI Wing

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia