Harian Metro

Zeise malu aksi pemain

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Shah Alam: “Cara kami bermain pada babak pertama sangat memalukan. Saya sendiri rasa malu dan ia tidak patut berlaku.”

Demikian ulasan pengendali Myanmar, Gerd Zeise

yang mengaku kecewa dengan persembaha­n pemainnya yang menyaksika­n mereka tumbang 1-3 di tangan Malaysia pada aksi Kumpulan A, Sukan SEA KL2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Beliau berkata, anak buahnya Shah Alam: Kekalahan besar 0-6 kepada Thailand langsung tidak memeranjat­kan pengendali skuad bola sepak wanita Mohd Asyraaf Abdullah yang sudah menjangkak­annya.

Tegas Asyraaf, tiada apa yang perlu dikesali terutama apabila menentang sebuah pasukan yang layak beraksi di Piala Dunia Wanita 2015 lalu selain turut menghuni tangga ke-29 Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

“Semua lawan yang kita temui terlampau kuat. Saya terima dengan hati terbuka kita belum cukup layak untuk menentang pasukan yang beraksi di Piala Dunia dua tahun lalu.

“Nampak sekali perbezaan ketara antara kita dengan mereka yang turut memiliki fizikal lebih besar.

“Begitupun, kami tetap memberi saingan sengit lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama apabila sekadar dibolosi satu gol. gagal memperaga rentak sebenar seperti yang dilakukan dalam tiga aksi sebelum ini yang menyaksika­n Myanmar meraih sembilan mata.

“Pemain saya tidak bermain seperti biasa. Walaupun kami sudah layak ke separuh akhir lebih awal, namun persembaha­n kami agak memalukan,” katanya pada sidang media perlawanan, malam tadi.

Malaysia yang memburu kemenangan ketiga bagi menjamin tempat ke separuh akhir, berjaya mendahului pelawat menerusi jaringan penyerang, N Thanabalan pada minit ke-35.

Gol pertama itu nyata mengganggu fokus pemain Myanmar apabila berselang dua minit kemudian, Safawi Rasid menambah gol kedua menerusi tandukan hasil hantaran silang cantik S Kumaahran di sebelah kanan.

Kemasukan tiga tenaga baru pada babak kedua iaitu Muhammad Danial Amier, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Jafri Firdaus Chew jelas tepat apabila rangkaian pemain itu berjaya mengucar kacirkan pertahanan lawan.

Jafri yang tidak beraksi pada aksi kedua menentang Singapura pada Rabu lalu, melakukan hantaran silang yang menuju tepat ke arah Thanabalan buat mencetak gol ketiga perlawanan di minit ke-82.

Bagaimanap­un, kealpaan benteng pertahanan negara pada lima minit terakhir dihukum penyerang pelawat, Than Paing yang meledak jaringan tunggal Myanmar.

“Kami perlu bangkit pada aksi separuh akhir nanti dengan kemungkina­n bertemu Vietnam. Saya harap rehat lima hari ini mampu melonjakka­n semula semangat pemain untuk pertemuan getir itu,” katanya.

 ?? FOTO: ?? SKUAD wanita negara melakukan recovery dalam kolam di hotel penginapan.
FOTO: SKUAD wanita negara melakukan recovery dalam kolam di hotel penginapan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia