Harian Metro

INI YANG KITA MAHU!

- Aziman Rosdi, Firdaus Hashim & Zulfaizan Mansor sukan@hmetro.com.my

Shah Alam

kuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara mempamer belang sebenar dalam misi buruan pingat emas apabila membenam Myanmar 3-1 dalam kempen Kumpulan A di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan itu membolehka­n anak buah Datuk Ong Kim Swee layak ke separuh akhir bersama Myanmar dengan berkongsi sembilan mata namun skuad muda negara berpeluang untuk muncul juara kumpulan kerana masih mempunyai baki satu perlawanan menentang Laos, esok.

Menurut Kim Swee, kemenangan itu membuktika­n bahawa pasukannya mempunyai potensi untuk mencabar kejuaraan selepas kali terakhir merangkul ibu segala pingat di Sukan SEA Jakarta 2011.

S“Seperti yang saya cakap sebelum perlawanan, saya mempunyai pasukan yang boleh mengalahka­n mana-mana pasukan jika mereka bermain di tahap sebenar dan berdisipli­n,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Malaysia yang mencatat dua kemenangan berturut-turut ke atas Brunei dan Singapura dengan keputusan 2-1, garang pada babak pertama apabila dua kali menggegar gawang Myanmar, naib juara dua tahun lalu.

Kim Swee menurunkan skuad terbaiknya dengan dua pemain gantian yang menjaringk­an gol ketika membenam Singapura, Nor Azam Azih dan N Thanabalan berada dalam kesebelasa­n utama.

Percaturan itu jelas membuahkan hasil apabila Thanabalan meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit ke-33 selepas menolak bola sepakan Matthew Davies dalam kotak penalti.

Ribuan penyokong yang membanjiri terus berpesta apabila Safawi Rasid pantas menghidu peluang dengan menanduk masuk bola hantaran lintang S Kumaahran dua minit kemudian.

Ketika anak buah Gerd Zeise bangkit memburu gol, Thanabalan sekali lagi membuktika­n sentuhanny­a dengan menanduk masuk bola hantaran lintang pemain gantian Jafri Firdaus Chew di minit ke-82.

Myanmar yang dibarisi ramai pemain yang beraksi di Piala Dunia B-20 pada 2015, memperoleh gol pada minit ke-86 apabila pemain gantian Than Paing mudah menolak masuk bola menewaskan penjaga gol, Haziq Nadzli.

“Bila kita mendahului 2,3 gol dalam perlawanan sudah tentu pasukan lawan akan memberikan tekanan. Gol yang kita bolos bukan kerana mereka mencipta gerakan tapi disebabkan kesilapan kita sendiri.

“Ia berlaku lagi dan aspek ini perlu diperbaiki di mana kita kena terus fokus sehingga tamat permainan,” kata Kim Swee.

Malaysia akan bertemu Laos pada perlawanan terakhir esok di mana keputusan seri sudah cukup untuk muncul juara kumpulan.

 Skuad B-22 calar ego Myanmar, Thanabalan pamer aksi memukau

 ??  ??
 ??  ?? THANABALAN (bawah) ceria rai jaringan bersama rakan sepasukan.
THANABALAN (bawah) ceria rai jaringan bersama rakan sepasukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia