Harian Metro

Jupha raih perak selepas diasak pelumba Thailand

-

Putrajaya: Jupha Somnet menukar pingat gangsa yang diraihnya pada Sukan SEA 2015 kepada perak selepas menamatkan perlumbaan kriterium wanita di Dataran Putrajaya, semalam.

Walaupun diasak pelumba Thailand, Jutatip Maneephan dan gagal merapatkan kedudukan dengan atlet Vietnam, Nguyen Thi That, Jupha tetap berjaya menamatkan saingan di podium.

“Saya melakukan kesilapan ketika cuba menghambat pelumba Vietnam pada baki 1 kilometer (km) sebelum tamat. Thailand merapatkan diri dan mengasak dari sebelah kiri.

“Pada mas sama, angin agak kuat dari arah depan dan saya kehilangan banyak tenaga,” kata Jupha.

Bagaimanap­un, pelumba berusia 24 tahun itu berazam melakukan yang lebih baik apabila acara lebuh raya bermula esok dan dia mahu memenangi emas dalam acara itu.

“Dalam acara lebuh raya nanti, saya akan cuba memenangi emas.

“Setakat ini, bukan saja Thailand yang menjadi pesaing saya malah Vietnam turut mempunyai pelumba hebat kerana mereka pernah memenangi emas Sukan Asia. Saya jangkakan saingan pasti sengit,” katanya.

Jupha ditewaskan Nguyen yang juga pemenang perak temasya sebelum ini dan mencecah garisan penamat dengan catatan 1:02:09.170s untuk emas.

Jutatip yang muncul juara dua tahun lalu, menduduki tempat ketiga.

Perlumbaan 35 kilometer itu disertai dua pelumba Malaysia iaitu Jupha dan Nur Aisyah Mohd Zubir.

Aisyah menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, ketinggala­n 1.394s di belakang Nguyen.

 ?? Jupha Somnet ?? Saya melakukan kesilapan ketika cuba menghambat pelumba Vietnam pada baki 1km sebelum tamat”
Jupha Somnet Saya melakukan kesilapan ketika cuba menghambat pelumba Vietnam pada baki 1km sebelum tamat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia