Harian Metro

Tak sangka emas...

- Devinder Singh, Saiful Affendy Sapran dan Mohd Khairie Khalid sukan@hmetro.com.my

 Trio recurve wanita cipta kejutan walau tak disandar harapan

Tanpa diberikan sebarang harapan, trio Nur Afisa Abdul Halil, Nur Aliya Ghapar dan Nuramalia Haneesha Mazlan membuktika­n mereka mampu memberi impak besar apabila mencipta kejutan meraih emas acara recurve berpasukan wanita dengan menewaskan Indonesia 5-1 pada aksi final.

Bukan itu saja, ketiga-tiga mereka juga menamatkan kemarau pasukan recurve wanita memenangi emas bagi acara itu yang kali terakhir dimenangi Malaysia pada 2005.

Bagi Nur Afisa Abdul Halil yang menjadi satu-satunya pemanah yang meraih gangsa di Singapura dua tahun lalu dan masih kekal beraksi kali ini, ia kejayaan di luar jangkaan.

“Memang kami tak jangka mampu memenangi emas sebab pada awalnya kami hanya meletakkan sasaran untuk cuba mara ke pentas final.

“Selebihnya kami berserah kepada Tuhan. Sebab lawan yang lain seperti Vietnam sememangny­a sangat kuat,” katanya selepas tamat saingan di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Jelas Nur Afisa sebaik melangkah ke pentas final bertemu Indonesia, dia, Nur Aliya dan Nuramalia tidak mahu terlalu memikirkan untuk memenangi emas.

“Kami fokus terhadap apa yang perlu dibuat dan akhirnya kejayaan memihak kepada kami,” katanya.

Filipina pula meraih gangsa selepas menewaskan pemenang emas 2015, Vietnam 6-0.

 ??  ??
 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ?? ALIYA (kiri), Nur Afisa (tengah) dan Nuramalia menunjukka­n pingat emas yang dimenangi di Padang Sintentik MSN Bukit Jalil, semalam.
FOTO: OSMAN ADNAN ALIYA (kiri), Nur Afisa (tengah) dan Nuramalia menunjukka­n pingat emas yang dimenangi di Padang Sintentik MSN Bukit Jalil, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia