Harian Metro

Welson takluk kolam

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Perenang negara sumbang emas dengan catatan rekod baru

Rentak dan gaya menakjubka­n Welson Sim membolehka­n Malaysia memperoleh emas pertama dalam acara renang di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, semalam.

Welson melakar catatan 3 minit 50.26 saat untuk menakluk kolam di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil dan lebih manis lagi berjaya dia memecahkan rekod temasya miliknya sendiri 3:53.97s yang dilakukan dua tahun lalu di Singapura.

Pingat perak menjadi milik perenang Indonesia, Aflah Fadlan Prawira yang menamatkan saingan dengan catatan 3:54.15s dan gangsa diraih atlet Vietnam Nguyen Huu Kim Son 3:54.20s.

Welson ketika ditemui mengaku wujudnya tekanan apabila beraksi di tempat sendiri namun sorakan penyokong yang hadir berjaya mendorongn­ya untuk menguasai perlumbaan bermula dari 50m pertama.

“Saya cukup berpuas hati dengan apa yang dicapai ini. Setiap perenang memberikan aksi terbaik apabila masing-masing cuba memberi tekanan kepada lawan yang akhirnya menyaksika­n beberapa perenang berjaya memecahkan rekod kebangsaan.

“Biarpun saya berasa sedikit gementar di awal perlumbaan namun ia berjaya diatasi dan akhirnya saya mencatat masa lebih pantas berbanding yang biasa dilakukan,” katanya.

Bagaimanap­un,

catatan emas itu masih belum memintas rekod terbaik peribadiny­a yang dilakukan ketika beraksi di Siri Jelajah Mare Nostrum di Monaco sewaktu menewaskan juara Olimpik, Mack Horton dengan catatan 3:49.48s, Jun lalu.

Welson akan turun sekali lagi hari ini untuk membantu kuartet 4x100m negara dan akan beraksi dalam acara 200m, Rabu ini.

Tegasnya, dia akan cuba melakukan yang terbaik dalam acara berganti-ganti selain mengharapk­an dapat menghadiah­kan satu lagi emas kepada negara apabila turun dalam acara 200m nanti.

Sementara itu, seorang lagi atlet negara dalam acara 400m, Yeap Zheng Yang menamatkan aksi di kedudukan ketujuh sambil Jian Han Tern turut menduduki tangga serupa dalam acara 50m kuak len

tang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia