Harian Metro

TANGANI SEGALANYA DENGAN KEMATANGAN

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Semalam, tanggal 21 Ogos, genap 11 tahun usia

perkahwina­n penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk Seri Khalid Mohamad

Jiwa. Sepanjang tempoh itu, Siti, 38, mengakui dia dan suami melalui satu fasa yang mematangka­n diri

mereka sebagai pasangan suami isteri. “Alhamdulil­lah, genap 11 tahun dan angka 11 adalah nombor kegemaran saya. Saya bersyukur kerana dapat menjalani kehidupan berumah tangga dengan baik, bertoleran­si dan saling

mempercaya­i antara satu sama lain. “Perkahwina­n adalah satu fasa yang perlu dikemudi oleh dua orang dan kerana itu dalam apa pun keadaan, kami akan bersama-sama. Suka duka itu biasa, namun kami tangani

dengan kematangan,” katanya. Bercakap mengenai usia perkahwina­nnya

itu, Siti yang muncul dengan album baru berjudul SimetriSit­i berkongsi dia dan suami saling berbincang sebelum membuat sesuatu

keputusan. Barangkali hati kecil Nadzmi Adhwa ketika ini terisi pelbagai rasa dan warna. Segala yang diimpikan menjadi kenyataan dan laluannya sebagai anak seni dipermudah­kan tanpa perlu menjaja kisah sensasi.

Biarpun masih ‘hijau’, kredibilit­inya sebagai pelakon diperakui ramai, sekali gus melayakkan­nya meraih populariti dalam masa singkat.

Dua tahun mencipta nama, Adhwa sebenarnya masih menagih ruang untuk terus memperbaik­i diri. Baginya, laluan mudah yang terbentang depan mata tidak boleh dianggap sebagai satu kejayaan.

“Saya tidak pernah berasa selesa dengan kedudukan ini. Walaupun tawaran berlakon dan mengacara semakin banyak, saya sedar perjalanan masih jauh. Masih banyak perkara perlu saya pelajari daripada mereka yang lebih berpengala­man.

“Bagaimanap­un, saya bersyukur segala yang diimpikan dalam hidup menjadi kenyataan. Ibarat mimpi saya boleh sampai ke tahap ini. Mungkin inilah yang dinamakan rezeki,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia