Harian Metro

Setiap masa adalah kenangan indah

- DARI MUKA 1

Siti berkata, dia dan suami mengamalka­n konsep terbuka iaitu tidak memendam rasa jika wujud sebarang permasalah­an.

“Bagi saya dalam apa pun keadaan, suami isteri perlu selalu berbincang. Jika ada sesuatu yang tak disenangi, jangan sorok atau pendam. Selain itu mesti menjaga kesetiaan dan kepercayaa­n antara satu sama lain,” katanya.

Sepanjang perkahwina­n itu juga, Siti tidak terlepas daripada ditanya mengenai tip rumah tangga.

“Selalunya kami berkongsi tip dan petua dalam kalangan keluarga, teman dan tak kurang juga peminat. Lain orang lain cara dan ragamnya malah perkongsia­n ini sangat membantu,” katanya.

Ditanya apakah kenangan paling manis dan istimewa sepanjang 11 tahun berkahwin,

Siti berkata, setiap masa adalah kenangan indah buat mereka.

“Saya tak dapat menyatakan yang mana satu kerana bagi saya setiap kenangan kami ada memori tersendiri. Setiap hari, kami jalaninya dengan baik. Bagi saya, perkahwina­n berteraska­n percaya dan sabar amat mematangka­n kami,” katanya.

Sama seperti pasangan lain juga, Siti tidak boleh menyembuny­ikan perasaan gembira apabila tarikh bersejarah dalam hidupnya itu diingati suaminya.

“Suami biasanya takkan melupakan hari ulang tahun perkahwina­n kami. Jika tidak disambut berdua, kami mengadakan majlis sederhana dalam kalangan keluarga saja,” katanya.

Berkongsi mengenai kehidupann­ya kini, Siti yang dilihat ‘senyap’ daripada industri mengakui sedang berehat seketika.

“Saya memang berehat seketika dan pernah muncul di FB

Live di Sitizone Official Page untuk mengubat kerinduan peminat saya.

“Insya-Allah doakan agar saya cepat kembali bertemu anda semua,” katanya.

Rentetan daripada tindakan Siti menulis di laman Twitter yang meminta lagu Segala Perasaan dimainkan di stesen radio Era FM mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial itu.

Malah, terdapat cakapcakap mengatakan adakah prosedur dan syarat yang ditetapkan stesen radio bagi memainkan sesebuah lagu wajar diguna pakai untuk penyanyi lama atau senior yang baru muncul dengan lagu baru.

“Diakui lain stesen lain caranya. Peminat saya juga memahami dan mereka tetap berusaha bagi memastikan lagu dimainkan.

Saya berterima kasih kerana setakat ini sudah ada enam lagu daripada album SimetriSit­i berkumanda­ng di stesen radio dengan pilihan lagu berbeza. Ini sangat membuatkan saya teruja. Cuma mungkin di radio Era saja agak lambat,” katanya.

Namun, Siti sekali lagi menegaskan Tweet yang ditulis itu tidak membawa sebarang maksud selain ingin membuat permintaan lagu sama seperti orang lain.

“Saya tidak mahu orang salah anggap terhadap tweet itu. Saya membaca setiap komen peminat yang bertungkus-lumus mengundi dan membuat permintaan untuk lagu itu sejak Mei lalu.

“Saya simpati dengan mereka kerana tiada maklum balas dari radio berkenaan dan saya mengambil inisiatif membuat permintaan sendiri,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

Siti akui sedang berehat seketika daripada dunia seni ketika ini

 ??  ??
 ??  ?? SITI, suami saling percaya.
SITI, suami saling percaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia