Harian Metro

Muzik tempatan juga berkualiti

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Biasanya seseorang pemuzik atau penyanyi mahu mengembang­kan karier di luar negara, terutama jika peluang itu terbuka di depan mata.

Namun, tidak buat pendatang baru seni suara Nicholas Ng Yungkit atau NYK yang memilih untuk berkongsi bakatnya di Malaysia.

Pemuda berusia 24 tahun ini sebenarnya mahu berbakti untuk industri muzik tempatan.

Menurutnya, dia melihat industri muzik tempatan terutama pasaran lagu Inggeris semakin memberangs­angkan.

“Dua tahun lalu, selepas pulang dari belajar di UK (United Kingdom), saya dapati industri muzik Inggeris di sini cukup membanggak­an. Ramai pemuzik bagus hadir dan membuktika­n muzik tempatan juga berkualiti.

“Itulah yang memberikan saya semangat dan keyakinan untuk berkarya di sini saja,” kata penyanyi naungan Sony Music Malaysia itu.

NYK yang sebelum ini menuntut di Universiti Manchester, tidak menafikan banyak mendapat inspirasi daripada pemuzik di sana.

Bagaimanap­un, dia yang begitu cintakan muzik R & B tidak terpengaru­h dengan muzik British dan lebih kepada hala tuju muzik digemariny­a.

“Muzik British memang sangat menarik. Namun, saya lebih terarah dengan genre R&B yang menjadi keutamaan saya sejak dulu.

“Inspirasi saya lebih kepada perjuangan pemuzik di sana seperti band 1975. Sewaktu di UK, band berkenaan masih belum terkenal, tetapi apabila saya pulang ke sini rupanya nama mereka sudah besar.

“Ia benar-benar membuka mata saya bahawa kejayaan boleh dicapai sekiranya kita ikhlas berkarya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

NYK yang turut memiliki ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari Universiti Monash, Melbourne, Australia berkata, dia tidak mahu mensia-siakan ilmunya dan ada perancanga­n yang terbaik untuk bidang muzik dan perniagaan.

“Saya tidak belajar langsung mengenai muzik di universiti. Ia adalah minat semata-mata dan saya bersyukur dengan bakat menyanyi yang ada.

“Sudah belajar tinggiting­gi, saya tidak mahu mensia-siakan apa yang saya pelajari di universiti. Saya pasti akan ceburi bidang perniagaan juga kelak, namun ia ada kaitan dengan muzik,” katanya.

Baru melancarka­n single sulungnya berjudul FWB, NYK turut bersyukur mendapat peluang bekerjasam­a dengan penerbit bukan calang-calang dari Sweden iaitu Freddy Haggstam.

“Freddy adalah penerbit yang menghasilk­an lagu Closer nyanyi The Chainsmoke­rs. Tidak sangka untuk lagu

FWB saya dapat bekerja dengannya.

“Proses rakaman yang dilakukan di Singapura itu menjadi lebih senang kerana dia sangat profesiona­l. Padahal, saya sendiri tidak pernah masuk dalam studio rakaman yang sebenar sebelum ini.

“Lagu itu istimewa kerana ada kaitan dengan pengalaman cinta saya. Saya sangat berpuas hati dengan hasilnya,” katanya.

 ?? FOTO ?? Muzik British memang sangat menarik. Namun,
saya lebih terarah dengan
genre R&B yang menjadi keutamaan saya
sejak dulu
FOTO Muzik British memang sangat menarik. Namun, saya lebih terarah dengan genre R&B yang menjadi keutamaan saya sejak dulu
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia