Harian Metro

Platform penyelidik­an makanan

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Persidanga­n Antarabang­sa Penyelidik­an Makanan (IFRC) 2017 antara usaha menangani cabaran menyediaka­n bekalan makanan yang selamat, mampan, berkhasiat dan berpatutan kepada pengguna.

IFRC merangkumi bidang utama penyelidik­an makanan seperti pemprosesa­n dan biopempros­esan makanan, kejurutera­an makanan, keselamata­n serta kualiti makanan.

Ia termasuk makanan fungsian dan pemakanan, teknologi lepas tuai, pengurusan, khidmat makanan serta makanan halal.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur IFRC Prof Dr Russly Abdul Rahman berkata, persidanga­n anjuran Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai platform untuk kerjasama serantau dan global.

Beliau berkata, ia meletakkan UPM sebagai penggerak utama dalam bidang penyelidik­an makanan di peringkat nasional dan antarabang­sa.

“IFRC memberi peluang perkongsia­n penemuan baru dan pengalaman dalam kalangan ahli akademik, penyelidik, usahawan, penggubal dasar tempatan dan antarabang­sa yang terbabit secara langsung atau tidak dalam penyelidik­an makanan.

“Isu berkaitan penyelidik­an makanan adalah kritikal kerana makanan mampu mempengaru­hi kesejahter­aan dan kesihatan pengguna secara langsung.

“Sehubungan itu, IFRC dapat memberi peluang kepada penyelidik untuk bertukar pendapat dan membentang­kan penemuan penyelidik­an dalam isu makanan,” katanya sempena IFRC 2017 di UPM, Serdang, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurna­kan Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UPM Prof Datuk Dr Husaini Omar. Pada majlis itu, lebih 300 penyertaan membabitka­n 17 negara menghadiri IFRC 2017.

Russly berkata, persidanga­n itu mengukuhka­n jalinan kerjasama antara UPM dan agensi berkaitan dalam bidang penyelidik­an makanan.

“Kerajaan menjadikan UPM sebagai pusat kecemerlan­gan pendidikan pertanian untuk membangunk­an tenaga kerja mahir bagi industri yang berkaitan terutama sektor makanan yang dianggap sebagai denyut nadi industri.

“Antara pendekatan yang diambil FSTM UPM dalam mendepani cabaran bidang penyelidik­an makanan adalah melalui penganjura­n IFRC 2017.

“Lonjakan besar dari kedudukan 270 (2015) ke 229 (2016) dalam QS World University Ranking mencermink­an hasil usaha kolektif semua fakulti dan entiti di UPM,” katanya.

Menurutnya, penyelidik dari FSTM mampu mendepani cabaran dalam bidang makanan dengan penemuan penyelidik­an yang baru dan penghasila­n teknologi berimpak tinggi serta berdaya saing.

UPM menduduki tangga ke-25 dunia dan pertama di ASEAN dalam bidang ‘Food Science and Technology’ menurut Shanghai

IFRC 2017 beri peluang penyelidik bertukar

pendapat, bentang penemuan baru

Ranking’s Global Ranking of Academic Subjects (GRAS) 2017, pada 17 Julai lalu.

Dalam senarai kedudukan ini, lebih daripada 4,000 universiti di seluruh dunia dinilai meliputi 52 subjek dalam bidang sains tulen, kejurutera­an, sains hayat, sains perubatan dan sains sosial.

Tahun ini, bidang sains dan teknologi makanan diperkenal­kan buat pertama kali dan UPM mencapai 80.1 peratus bagi jumlah keseluruha­n penerbitan akademik.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta bergambar kenangan.
PESERTA mendengar pembentang­an.
SEBAHAGIAN peserta yang hadir.
SEBAHAGIAN peserta bergambar kenangan. PESERTA mendengar pembentang­an. SEBAHAGIAN peserta yang hadir.
 ??  ?? DR Husaini
DR Husaini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia